November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Kenaikan harga minyak mungkin dianggap sebagai berita baik bagi pengusaha stesen minyak, namun tidak bagi rakyat Malaysia di negara ini.

Penurunan harga minyak pula mungkin dianggap sebagai berita baik bagi rakyat Malaysia, namun tidak bagi pengusaha stesen minyak di negara ini.

Dua situasi di atas, jika difikirkan dan diperdebatkan, memang tidak akan dapat jalan penyelesaiannya. Akhirnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jugalah menjadi tempat tohmahan dan harus dipersalahkan ekoran kenaikan harga minyak dalam negara.

Sedangkan, adalah tidak rasional Malaysia yang merupakan negara pengeluar minyak yang kerdil dan kecil ini, boleh menentukan pasaran harga minyak dunia.

Ada yang kata, Kerajaan harus memberikan subsidi ke atas Petrol agar rakyat tidak merasa bebanannya. Inilah saja jalan penyelesaiannya.

YB Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan) juga meminta agar Kerajaan menanggung subsidi minyak petrol RON95 sebanyak RM0.20 seliter demi kesejahteraan rakyat.

Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia menggunakan 27 Billion liter minyak petrol setahun?

Sekiranya Kerajaan mempertimbangkan permintaan YB Rafizi tersebut, maka jumlah sebanyak RM5.4Billion terpaksa ditanggung oleh Kerajaan menerusi pemberian subsidi ke atas minyak petrol tersebut.

Apa yang rakyat Malaysia boleh dapat jika RM5.4 Billion tersebut digunakan untuk tujuan yang lebih memberikan manfaat dan bersasar?

Ini antara faktanya :
》Lebuhraya sepanjang 60KM dapat dibina dengan kos RM90 juta per KM.
》21,600 buah Rumah Mampu Milik dapat dibina dengan kos RM250,000 per rumah.
》27 buah Universiti dapat dibina dengan kos RM200 juta per Universiti.
》9 buah Hospital dapat dibina dengan kos RM600 juta per Hospital.
》Pemberian BR1M sebanyak RM1,200 per orang yang melibatkan 4.5 juta orang.
》Pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) sebanyak RM250 per pelajar yang melibatkan 21.6 juta pelajar dari kalangan Pra Universiti, UA dan IPT.

Namun, rakyat jangan tertipu dan terlupa bahawa dalam Bajet Alternatif Harapan 2018, subsidi minyak hanya untuk pemilik motorsikal dan kereta di bawah 1,000cc saja dan bukannya untuk semua orang! Diulangi.. subsidi minyak hanya untuk pemilik motorsikal dan kereta di bawah 1,000cc sahaja.

YB Rafizi pun mungkin tidak tahu bahawa Pakatan Harapan pun tidak lagi mahu kembalikan subsidi pukal untuk minyak.

Dekan Prasiswazah Universiti Binari (Malaysia), Prof. Dr Zulkifli Senteri berkata, terdapat banyak stesen minyak yang terpaksa ditutup sekiranya harga minyak dibiarkan menurun secara berterusan. Apabila banyak stesen minyak terpaksa ditutup, pengguna (rakyat) juga akan terkena tempiasnya.

Rakyat terpaksa memandu lebih jauh untuk mengisi minyak pada masa akan datang kerana banyak stesen minyak terpaksa ditutup kerana tidak mampu lagi menguruskan stesen minyak tersebut.. Situasi itu akan menyusahkan mereka (rakyat).

Sebenarnya, harga minyak naik atau turun semuanya akan memberi kesan kepada mereka (rakyat) yang terlibat dalam kitarannya. Namun, adalah lebih baik kita sebagai pengguna secara terus menerus berfikiran waras dan rasional.

Jika minyak turun, kita bersyukur dan jika minyak petrol naik, kita bersederhana dan berjimat.. Jika tidak, kita akan sentiasa menyalahkan orang lain sedangkan gaya hidup kita sendiri pun tidak pernah berubah walau seinci pun..

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah..

PENCINTA NEGARA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons