November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Tindakan
Pas berkecuali dalam pengundian Bajet 2018 Isnin lalu hanya
menyerlahkan lagi kedudukan sebenar parti yang dipimpin oleh Hadi Awang
itu.




Pertama, sikap berkecuali itu adalah tanda sokongan secara tidak langsung Pas kepada UMNO dan BN. 




Meski
berkedudukan sebagai pembangkang dan mendakwa mampu memerintah negara
secara sendirian melalui Gagasan Sejahtera, Pas sebaliknya mempunyai
kecenderungan ingin menjaga hati Najib Razak, UMNO dan BN.


Jika mereka mendakwa sebagai pembangkang yang berwibawa, apa salahnya mengundi menolak Bajet 2018?


Bukankah
Pas ada entiti sendiri sebagai pembangkang iaitu Gagasan Sejahtera dan
menolak Bajet 2018 sudah tentu tidak bermakna mereka menyokong atau
bersama dengan Pakatan Harapan?




Kenapa itu tidak berani dilakukan oleh Pas?




Hujah
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang menyatakan mereka berkecuali kerana
ada perkara dalam Bajet 2018 yang mereka sokong dan ada juga yang
ditentang, tidak masuk akal sama-sekali.




Jika
Pas ada hujah-hujahnya sendiri, khususnya yang berlandaskan Islam,
sesuai dengan kedudukan mereka sebagai parti pembangkang juga, mengundi
menolak Bajet 2018 lebih mampu memperlihatkan wibawa parti itu di mata
rakyat.

Ia adalah simbolik paling mudah difahami, secara langsung dan tidak langsung bahawa Pas tetap menentang UMNO dan BN.




Kedua,
menanti kebenaran dan perjalanan bicara di London berhubung dakwaan Pas
menerima wang daripada Najib Razak, termasuk pengakuan Husam Musa
bahawa beliau melihat sendiri bukti berkenaan dengannya dan Nasharuddin
Mat Isa tidak berani menyaman mereka yang menuduhnya sebagai perantara,
mengundi menolak Bajet 2018 akan sedikit-sebanyak membantu Pas
membersihkan namanya.




Keputusan
itu jika dilakukan, setidak-tidaknya menjelang PRU 14, adalah tindakan
politik paling berkesan untuk menepis segala dakwaan yang timbul sama
ada berkaitan RM200 juta atau RM90 juta.




Pas
tentunya boleh berhujah, jika benar mereka ada menerima wang daripada
Najib sebagaimana yang didakwa, mana mungkin tindakan menolak undian
Bajet 2018 mampu dilakukan.




Sayangnya, Pas telah terlepas segala peluang terbaik itu.




Ketiga, sikap berkecuali hanya menunjukkan Pas tiada lagi nilai perjuangan yang boleh dipegang atau diikuti oleh sesiapa.




Ini kerana dalam politik hanya ada dua pilihan wang wajar saja – menyokong atau menentang.




Berkecuali bukanlah suatu pilihan, tetapi menunjukkan mahu main dua kolam, tiada pendirian dan tidak yakin kepada diri sendiri.




Oleh
kerana Pas adalah parti politik yang mutlak dan tunjang pencariannya
ialah kuasa, sama seperti parti itu pernah bersama DAP sebelum ini,
tiada salahnya jika mereka membuat pilihan untuk bersama UMNO dan BN.




Kalau
ketika bersama DAP dulu pun Pas mampu meyakinkan penyokongnya agar
terus wala’, apakah jika bersama UMNO dan BN, Pas tidak mampu meyakinkan
mereka?




Lagi pula, Pas memang lahir daripada perut UMNO dan pernah juga berada dalam BN sebelum ini.




Jadi, jika makin tua makin merindui antara satu sama lain, apa salahnya untuk rujuk kembali?




Berkecuali, tetapi hati saling merindui, bukankah hanya akan memudaratkan diri sendiri akhirnya?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons