November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


 USRAH terjemahannya keluarga. Dalam usrah kita
mengasihi dan saling menjaga kebajikan ahli usrah bagaikan keluarga
sendiri. Dalam usrah ada perkongsian ilmu dan kefahaman, ada perkongsian
soal kehidupan dan kebajikan. Di situ terbina ikatan persaudaraan,
pertautan silaturrahim dan mahabbah, saling mengasihi.

Orang tercengang setiap kali bencana seperti di Pulau Pinang, PAS
boleh mengorganisasikan ribuan sukarelawan yang membawa aset
masing-masing, kenderaan ringan dan berat, jentolak, waterjet, genset,
dapur secara percuma. Bantuan makanan yang mencurah curah.

Semua percuma. Bukan ada ‘peruntukan khas bencana’ oleh kerajaan.

Semua terbina daripada proses pendidikan, tarbiyah, pembentukan jati
diri yang panjang prosesnya melalui usrah, tamrin, mukhayyam, juga
melalui pendidikan formal sejak kecil di PASTI, sekolah sekolah DAR,
Madrasah.

Bayangkan jika PAS yang memimpin negara. Menukar seluruh sikap rakyat
yang penuh ciri individualistik, nafsi nafsi kepada satu ‘bangsa
Malaysia’ yang terbina atas jati diri yang dipimpin oleh Islam. Yang
menjadikan kita semua bagaikan satu keluarga yang saling menjaga,
melindungi antara satu sama lain. Saling mendorong setiap ahli supaya
maju dan berjaya.

Tak mengapa jika kita berbeza bangsa dan agama serta taraf kehidupan.
Islam menganjurkan kesejahteraan dan kebajikan untuk semua.

Kerana sifat keluarga, usrah, mahukan setiap ahlinya berjaya, bukan
sahaja di dunia, tetapi sejahtera perjalanannya sehingga ke akhirat.

Kita berusaha, hidayah bukan kuasa kita. Ia anugerah Allah Yang Maha Kuasa.
Itulah kebahagiaan kita berkeluarga. Keluarga besar Malaysia. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons