November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


CTS ingin merakamkan takziah ke atas Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjung, Lim Swee Bok yang telah kehilangan ibu, isteri dan dua anak di dalam kebakaran yang di rumah berkembar dua tingkat di Pintasan Cecil 5, Pangkalan Weld di Georgetown. Ketika kejadian pada pukul 5.00 pagi, Swee Bok masih bekerja shif di kilang.

Swee Bok baru sahaja kehilangan bapa beliau minggu lepas yang meninggal dunia. Namun, hero yang tidak didendang ini tidak mematahkan semangat beliau untuk turun membantu mengedarkan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang. Hari ini, hero yang tidak didendang ini telah kehilangan keseluruhan keluarga beliau. Mereka ialah isterinya yang berusia 35 tahun dan anak lelaki serta perempuan masing-masing berusia 10 dan 8 tahun serta ibunya berusia 62 tahun.

Swee Bok tidak dapat menahan kesedihan ketika tiba di rumahnya pagi tadi ketika kerja-kerja memadam kebakaran dilakukan sehingga terpaksa ditenangkan beberapa jirannya. Tiada kata yang dapat diucapkan untuk merakamkan ucapan takziah. Semoga Tuan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons