December 16, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Bekas puteri Umno dedahkan aktiviti songsang yg dibuat oleh orang Umno yg hadir perhimpunan agung parti itu. Aaahhh… ini bukan cerita baru. Aku dah dengar cerita ini 25 tahun lalu, bukan saja di KL tapi juga di luar KL, termasuk di negara sebelah.

2. Agensi agama tak tahu? Aaahhh…bukan setakat agensi agama, tapi hotel, jiran hotel, pemandu teksi, pemandu bas, tukang jaga ruang parkir, tukang angkat beg hotel, tukang cuci bilik, PM, TPM, senator, MP…semua dah tahu. 

3. Laki dan bini mereka yg terlibat pun tahu. MT Umno, pekerja pejabat Umno, drebar pemimpin Umno, AJK pemuda, wanita dan puteri semenjak Puteri Umno belum tertubuh pun sudah tahu. Habis kenapa semuanya diam? Hari ini baru gatal mulut nai dedah? 

4. Ketika semua orang Umno tahu perkara itu, mereka tetap berebut-rebut utk pergi perhimpunan agungnya, bukan setakat perwakilan tapi pemerhati pun berebut-rebut. Sanggup berhabis jutaan ringgit utk jadi perwakilan. Mereka semua tak tahu? 

5. Ketika cerita itu bukan cerita baru, cerita yg menjadi rahsia umum, tiba-tiba agensi agama ditaklifkan utk pantau dan serbu aktiviti rahsia itu. Ait… kemana pergi pemimpin Umno, ulama Umno yg gigih lawan DAP? Takkan aktiviti ahli sendiri tak boleh bendung? 

6. Orang semua tahu kenapa pemimpin Umno tak mampu sekat. Sebab, aku garu belakang hang, hang garu belakang aku balik. Pakat-pakat makan, pakat-pakat cucilah…! Pandai buat pandailah tutup. Biar pecah diperut jangan pecah di mulut 

7. Hah…dalam kesongsangan itu, pemimpin Umno bercakap merekalah pembela agama, pembela bangsa, lawan arak, anti murtad, bla bla bla… Peerraahhh…! 

8. Umno lawan DAP sebab parti itu anti agama, sanggup bercomolot dgn Pas demi agama, padahal…? Apa yg bekas pemimpin puteri itu sebut bukan perkara baru pun. Apa yg pemimpin Umno buat selama ini? 

9. Tapi yg lebih pelik lagi, ada satu parti yg perasan suci sanggup utk bermukah dgn parti seperti Umno. Konon parti yg perasan suci itu parti Islam, bela Islam sampai sanggup berbalah dgn DAP. Tiba-tiba boleh berbaik-baik dgn Umno? 

10. Eh…. tak rasa pelik ke dgn parti tu?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons