December 16, 2017
You can use WP menu builder to build menus



Datuk Sheila Majid hari ini menjadi sasaran serangan penyokong Najib Razak di laman Twitter gara-gara berkongsikan pandangan tentang keadaan ekonomi semasa negara. 

Menulis di Twitter rasminya, Sheila Majid berkata harga barang makanan semakin mahal dan kos sara hidup semakin tinggi di Malaysia namun peluang pekerjaan agak terbatas dengan keadaan ringgit yang agak lemah.

“Harga makanan mahal, nilai ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan peluang pekerjaan tidak mencukupi. Rakyat Malaysia kini penat dan marah kerana ditekan dengan hutang yang tidak dibuat oleh mereka.


Berhenti bagi alasan dan semaklah kesalahan sendiri. Focus dengan memulihkan kembali negara. Kecewa!,” katanya di Twitter pada tengahari tadi.

Meskipun tidak memetik sebarang nama dalam luahan tersebut, pro Najib bagaimanapun ‘terasa’ dan sentap dengan luahan itu.

Selepas memberikan pandangan tersebut, Twitter Sheila Majid diserbu dan beliau diserang bertubi-tubi di laman sosial.

Tidak hanya itu, pengkritik turut menyebarkan gambar kehidupan Sheila Majid dan anak-anaknya yang dikatakan mewah dan kaya-raya hasil dari kesenangan pentadbiran di zaman Barisan Nasional dan mempersoalkan kewajaran Sheila Majid mempersoalkan keadaan ekonomi di negara ini.

Meskipun kebanyakkan pro Najib memilih untuk mengecam penyanyi tersohor itu, masih terdapat beberapa pihak yang tampil menjawab persoalan Sheila secara baik.

“Harga makanan bergantung kepada permintaan dan penawaran. Permintaan tinggi ketika musim perayaan dan ganguan bekalan ketika perubahan monsun.

Ringgit lemah kerana faktor luaran seperti kejatuhan harga minyak & gas. Amerika yang mengetatkan syarat monetari dan ketidaktentuan pasaran di China.

Kos sara hidup naik saban tahun. Hutang kerajaan tidak membebankan rakyat. Apa yang membebankan pengguna ialah hutang isi rumah,” kata Syahir yang menjawab persoalan Sheila di Twitter. 


Tweet Sheila Majid setakat ini telah dikongsikan sebanyak lebih dari 7 ribu kali sejak ia mula ditulis siang tadi.


Sebelum Sheila, pelakon wanita Fathiya Latiff juga menjadi sasaran serangan pro Najib di sosial media berikutan agak kerap mempersoalkan kos sara hidup dan kenaikan harga minyak.


Fathiya juga seolahnya membayangkan secara terbuka yang beliau menyokong Mahathir Mohamed dan bersama perjuangan bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu.

Dalam pada itu, Mahathir yang mengetahui tentang kicauan Sheila Majid itu turut memberikan respon tentangnya di Twitter.


Menurut Mahathir, satu demi satu ikon Malaysia kini bangkit mempersoalkan demi masa depan negara. 




Aznil Haji Nawawi, pengacara terkenal negara yang sebelum ini menjadi trending di Twitter kerana mempersoalkan pelaksanaan GST bagaimanapun tidak dikecam oleh pro Najib kerana ramai percaya ia adalah gimik untuk program Bicara 4 Mata yang akan disiarkan tak lama lagi.

Dalam program temubual itu, Aznil yang menjadi pengacara rancangan diberikan peluang untuk mewawancara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Aznil turut menyatakan yang beliau sempat bertanyakan beberapa soalan kepada pemimpin negara itu.

Dato Seri @najib_razak saya nak tanya ni: Kenapa harga minyak banyak naik dari turun. Tak payahlah ada GST ni DS. 

Tukaran mata wang ni buat kami lagi sukar DS. Macam mana ni?.

Apa DS boleh tolong kami agar betul-betul mampu milik Rumah Mampu Milik?. Kos sara hidup makin tinggi ni DS. Kerajaan buka mata dan telinga tak pada resah kami?,” katanya dalam satu kemaskini di Instagram pada isnin.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons