December 16, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 5 Dis – Sejumlah 2,978 perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2017 diingatkan agar membawa pulang jajan atau bekalan ‘3A’ ke bahagian masing-masing sejurus persidangan tamat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jajan 3A itu adalah perkara yang perlu dilakukan perwakilan dan ahli UMNO bagi memastikan kemenangan besar parti keramat orang Melayu itu pada Pilihan Raya UMNO Ke-14 (PRU14) nanti.

“Jika saudara-saudari bertanya apakah yang perlu dibuat untuk menang besar? Dengahlah semua pemimpin sayap dan ahli parti sekalian. Inilah bekalan dan jajan untuk saudara-saudari bawa pulang. Dengarlah baik-baik apa yang hendak saya perkatakan. Jajan 3A!

“A yang pertama ialah ‘action’. A yang kedua ialah ‘action’. A yang ketiga ialah ‘action’. Apabila Datuk Seri Presiden memberi arahan ‘action’! kita segera gerakkan jentera pilihan raya tanpa sebarang alasan,” kata Zahid.

Zahid menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Pergerakan  Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Tegas Zahid, UMNO meletakkan matlamat besar dalam PRU14 iaitu untuk menang dua pertiga kerusi Parlimen dan DUN dengan majoriti yang jauh lebih besar.

“Ketahuilah wahai bangsaku satu undi kepada Barisan Nasional bermaksud satu undi kepada pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan yang berwibawa dan bertanggungjawab! 

“Tidak boleh tidak wajib kita mengekalkan semua kerusi yang dimenangi. Kita wajib merampas semula kerusi yang terlepas. Kita harus kekal dan rampas semua kerusi yang kita sasarkan,” kata Zahid.

Zahid turut menasihatkan perwakilan agar memberi keutamaan kepada parti dan jangan sesekali berkecil hati dan merajuk membawa diri serta khianat dan sabotaj parti.-UTUSAN ONLINE

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons