December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan dakwaan kegiatan maksiat berlaku ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebagai ‘Fitnah Besar’

“Fitnah besar yang perlu didatangkan bukti. Prinsip Islam sesiapa yang membuat tuduhan dan dakwaan mesti membawa bukti. 

 “Kalau tidak, dia yang patut dihukum kerana memfitnah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengulas pendedahan yang dibuat oleh bekas ahli jawatankuasa kerja Puteri Umno bahagian Klang , WAN Asshima Kamarudin yang mendakwa berlakunya maksiat sewaktu PAU.

Penafian Dr Asyraf tersebut ternyata hambar. Beliau sepatutnya bertindak lebih tegas dari sekadar membuat kenyataan penafian begitu sahaja.

Dr Asyraf sepatutnya membuat aduan kepada pihak polis supaya tindakan mahkamah dapat dilakukan keatas WAN Asshima kalau Dr Asyraf benar-benar mahukan bekas Puteri Umno itu dihukum kerana ‘fitnah Besar’ seperti dakwaannya tu.

Tetapi saya merasakan, Dr Asyraf dan Umno tidak mungkin berani mengambil tindakan tersebut kerana WAN Asshima tentu mempunyai bukti-bukti dengan pengalaman yang dilaluinya selama 17 tahun bersama Puteri Umno. Silap-silap lebih banyak kemungkaran yang akan terdedah!

 WAN Asshima menggesa pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat operasi besar-besaran di hotel-hotel Kuala Lumpur bagi menangkap pasangan khalwat.

Sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Asyraf  perlu menerima baik saranan tersebut dan menggesa JAWI membuat operasi sewaktu PAU.

Pendedahan aktiviti maksiat di PAU oleh bekas Puteri Umno itu menjadi sensasi dan menular dan pastinya menjadi perbincangan panas sesama perwakilan Umno dan juga para pemerhati di PAU.

Walaupun berita tersebut sudah ditarik keluar oleh Harakahdaily dan ISMAWEB, namun ianya masih dapat diakses di portal lain dan juga beberapa blog tempatan seperti  di sini atau di sini.

Tindakan kedua-dua portal tersebut menarik keluar berita tersebut kemungkinan besar kerana bimbang diambil tindakan mahkamah oleh Umno.

Namun sehingga kini, WAN Asshima masih tidak menafikan tentang maksiat sewaktu PAU yang beliau dedahkan itu.

Dan kenapa belum ada mana-mana pihak yang berani untuk melakukan report polis terhadapnya?

Wan Azlan :  Difahamkan bahawa pihak UMNO mengarahkan supaya HARAKAHDAILY dan ISMAWEB menarik balik serta merta tentang penyiaran berita berkenaan. 

 Jika tidak berbuat sedemikian pihak UMNO akan menyiarkan video skandal Dato’ Mustapha Ali dan skandal Mokhtar Senik serta yang lain2.

Mohd Nizam :

Kenapa Laporan Drp Harakahdaily Supaya Laksanakan Operasi Cegah Maksiat Di PAU Itu Dipadamkan? 

Adakah Abang Long Fadil Putrajaya dah sound kot? Yg buat kenyataan itu ialah ahli baru Pas dan yg laporkan itu adalah lidah rasmi Pas.. Kenapa takut kalau kenyataan itu benar?
– Atau ada hati yang perlu dijaga?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons