December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


LONDON 6 Dis. – Chelsea gagal mempertahankan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan C setelah sekadar seri 1-1 dengan Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan wakil Itali, AS Roma yang turut melakar kemenangan 1-0 ke atas Qarabag FK mara ke peringkat 16 terakhir sebagai juara kumpulan manakala Chelsea mengiringi mereka di tangga kedua.

Namun nasib berbeza buat Atletico yang sebelum ini layak ke pentas final pada 2014 dan 2016, akan ke saingan Liga Europa selepas menamatkan saingan di peringkat kumpulan di tangga ketiga.

Dalam perlawanan itu, Atletico terlebih dahulu didepan pada minit ke-56 apabila Saul Niguez menanduk masuk ke penjuru gawang selepas menerima hantaran bekas penyerang Chelsea, Fernando Torres.

Bagaimanapun, The Blues berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-75 apabila pertahanan Atletico, Stefan Savic tertampan hantaran lintang Eden Hazard ke gawang sendiri.- AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons