December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus



Tular beberapa gambar Datuk Jamal Yunos bersama Azwan Ali di laman sosial yang dikatakan ketika gambar itu diambil kedua-duanya menghadiri persidangan UMNO 2017 bersama-sama.




Perkara itu bagaimanapun tidak dapat disahkan tetapi netizens tertanya-tanya apakah UMNO meletakkan Azwan dan Jamal dalam misi merampas Selangor kembali dari tangan pemgbangkang selepas BN gagal mendapatkan hak pentadbiran negeri itu selama dua penggal berturut-turut.

Pandangan itu timbul selepas Jamal Yunos mengisytiharkan akan bertanding di Bukit Antarabangsa bagi mencabar Azmin Ali dalam PRU mendatang.

Jamal Yunos juga mengeluarkan kenyataan yang beliau boleh menjadi Menteri Besar yang lebih baik dari Azmin seperti yang dilaporkan The Malaysian Insight.

Azwan pula pada semalam mengesahkan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah tidak kisah dianggap sebagai barua UMNO andaikata dapat menjahanamkan pentadbiran Azmin di Selangor.

Selain Azwan, Ummi Hafilda Ali turut dilaporkan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Azmin Ali di Selangor.

Untuk rekod, Azwan dan Ummi Hafilda ialah adik kandung seibu-sebapa kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.


Krisis tiga adik-beradik ini seringkali ditimbulkan setiap kali pilihanraya umum berlangsung.

Azmin Ali mempunyai enam adik beradik dan 3 lain yang lain dikatakan bersama kepimpinan Azmin di Selangor kecuali Azwan dan Ummi Hafilda.

Go To Hell, Sheila kata Azwan

Dalam pada itu, Azwan Ali dilaporkan membidas Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid berhubung pandangannya tentang kos sara hidup di Malaysia.

“Bila dia meroyan seperti itu, itu merosakkan generasi baru. Anda (Sheila) kononnya artis besar, kalau kau berjaya, kau ada datuk, kaya raya, ada pengikut berjuta bukankah kerana kerajaan. Go to hell (pergi jahanam). 

“Saya rasa dia zaman sudah jatuh, bila lagi hendak popular, tetapi tidak boleh lawan Azwan Ali punya viral,” katanya sewaktu ditemui di Perhimpunan Agung Umno kali ke-71 2017, di PWTC, hari ini.

Sheila Majid sebelum ini meluahkan perasaan mengenai keadaan ekonomi semasa negara bagaimanapun menerima kecaman bertubi-tubi oleh pro Najib di laman sosial.


Serangan teruk yang diterima Sheila itu termasuklah serangan peribadi dan penyebaran gambar-gambar anaknya bagi tujuan memalukan dan menghina penyanyi tersohor itu.

Azwan ancam dedah rahsia Azmin

Dalam perkembangan berkaitan, Azwan mengacam mahu mendedahkan rahsia Azmin Ali yang disimpannya selama lima tahun.

Azwan juga menyatakan beliau sudah lama mendendami abangnya dan memberi amaran akan menjatuhkannya sebagai menteri besar Selangor. 

“Saya mahu ingatkan azmin jangan ingat saya berpura-pura. Jangan ingat saya dapat dedak. Barua Umno dibayar juta-juta, tidak. Allah yang mengaturkan saya. 

“Dah lama saya dendam dengan Azmin tapi dia lupa amanah arwah Haji Ali. Kau ingat kau menteri besar kau hebatlah biar aku jatuhkan. Menteri lain tak berani jatuhkan jadi aku jatuhkan,”.

“Saya simpan selama lima tahun. Apa jenis abang kau menang besar, aku jual maruah aku sebagai artis, aku hilang pekerjaan, RTM hitamkan aku sebab aku datang macam ini berdiri di belakang Azmin sebelum ini,” katanya kepada media, memetik laporan Malaysiakini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons