December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


AMPANG 6 Dis. – Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor (Gapenas) hari ini menghantar surat terbuka pertanyaan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPAJ) mengenai cadangan membina pusat konvensyen MPAJ di Taman Melawati.

Pengerusi Gapenas, Nasiruddin Mohamed berkata, lima isu yang dibangkitkan dalam surat berkenaan antaranya tender haram, nombor lot bercanggah untuk tutup isu tender haram, pegawai MPAJ minta dan terima rasuah serta tender haram bayar dua kali perunding membazirkan jutaan wang ringgit pembayar cukai.

“Pihak kami memberi tempoh selama 14 hari kepada MPAJ bagi menjawab persoalan tersebut dan susulan akan dilakukan sekiranya mereka gagal memberi sebarang respon.

“Saya mewakili kepentingan rakyat Selangor khususnya bercakap atas kepentingan pembayar cukai MPAJ,” katanya selepas menyerahkan surat tersebut kepada Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons