December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Laman berita itu tidak lagi boleh diakses. Sejak tularnya laporan berlakunya pesta maksiat setiap kali UMNO mengadakan persidangan tahunannya yang dikenali sebagai PAU – Persidangan Agung UMNO; ramai pihak mula memperkatakan tentang perkara itu.

Bagaimanapun selepas sehari ianya menjadi kecoh di laman sosial, Harakah Daily yang melaporkan kenyataan berkenaan didapati telah mengalihkeluar laporan berita tersebut dari laman web mereka.

Terdahulu dilaporkan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri UMNO Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin mendakwa maksiat berlaku setiap kali berlangsung Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Portal rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan gesaan seorang bekas anggota Umno yang menuntut pelaksanaan operasi pencegahan maksiat secara besar-besaran bersempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bakal bermula pada 5 Disember 2017 ini di PWTC, Kuala Lumpur.

Pengerusi Pertubuhan NGO Alifbata Srikandi Mashyur, Wan Asshima Kamaruddin berkata, setiap kali Perhimpunan Agung Umno banyak berlaku pasangan yang berkhalwat.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) digesa agar mengadakan operasi pencegahan maksiat besar-besar sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang akan bermula pada 5 Disember 2017 ini.

Beliau mendakwa membuat pendedahan itu kerana tidak mahu lagi bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan maksiat setiap kali berlangsung PAU, dalam satu kenyataan kelmarin.

“Saya cabar kepada pihak Pejabat Agama Islam buat operasi besar-besaran di Kuala Lumpur. Berapa ramai pasangan yang berkhalwat, berapa ramai pasangan bukan Islam bersama dengan orang Islam. Saya cabar pihak JAWI buat operasi besar-besaran untuk tangkap khalwat.

“Dekat situ kita tengok, berapa ramai pasangan isteri orang, suami orang bersama dalam satu bilik. Ini kalau saya cerita kata saya fitnah, kalau saya cakap kata saya aib. Tetapi saya nampak kemungkaran (itu) semasa saya 17 tahun lagi.

“Dan saya tidak akan sesekali bersubahat lagi. Sebab itu, saya minta JAWI semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) ini buat operasi besar-besaran di hotel-hotel Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan itu seperti dilapor HarakahDaily.

Bagaimanapun kenyataan tersebut tidak lagi dapat diakses dan sebab-sebab berita itu dialihkeluar juga tidak dijelaskan lanjut oleh portal berkenaan. Selain Harakah Daily website rasmi ISMA – ismaweb juga melaporkan berita yang sama dan turut memadamkan laporan berkenaan selepas ianya menjadi sensasi dikalangan netizens.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons