December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 

IPOH:
Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia tidak menolak kemungkinan akan
menaikkan harga tambang bagi sesi persekolahan tahun depan berikutan
kos operasi yang meningkat.

Presidennya Mohd Rofik Mohd Yusof berkata pihaknya menjangkakan
kenaikan itu adalah RM10 bagi kawasan luar bandar, manakala RM20 bagi
kawasan bandar.

“Kenaikan tersebut dilakukan berikutan pelbagai kos yang perlu
ditanggung oleh pengusaha termasuk alat ganti yang naik 50 hingga 80
peratus setiap tahun selain kos penyelenggaraan.

“Kami tidak menolak kemungkinan akan ada pengusaha bas sekolah
berbuat demikian (menaikkan harga tambang) untuk membolehkan mereka
terus bernafas dan memberikan perkhidmatan,” katanya kepada pemberita
selepas Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia
Kali Keenam di sin, hari ini.

Ketika ini tambang bas sekolah bagi kawasan bandar adalah sekitar RM80, manakala RM60 bagi kawasan luar bandar.

Menurut Mohd Rofik, cadangan kenaikan itu bagaimanapun perlu
dibincangkan terlebih dahulu antara pengusaha bas sekolah dan ibu bapa.

“Tambang bas sekolah kini terpulang kepada (perbincangan) antara
pengusaha bas dengan ibu bapa. Ibu bapa mempunyai ruang yang
secukup-cukupnya, kalau dia rasa pengusaha ini mahal, boleh pergi kepada
yang lain,” katanya.

Selain itu, katanya, harga minyak yang tidak menentu juga menjadi antara sebab kenaikan kadar tambang bas sekolah tahun depan.

Sehubungan itu, beliau mengulangi permintaan persatuan agar kerajaan
memberikan subsidi minyak diesel sebanyak RM1 seliter kepada kira-kira
18,000 pengusaha bas di seluruh negara seperti yang diterima nelayan.

Mohd Rofik berkata ketika ini terdapat pengusaha yang menerima kad
subsidi minyak diesel bagi membolehkan mereka menikmati subsidi RM0.20
seliter sehingga maksimum 570 liter setiap bulan.

“Daripada 18,890 ahli persatuan, hanya 2,000 yang menerima kad
subsidi itu setakat ini. Kami juga menerima banyak aduan daripada
pengusaha mengenai stesen minyak enggan menerima pembelian diesel
subsidi menggunakan kad tersebut.

“Saya terima banyak aduan daripada pengusaha bas sekolah yang
memberitahu apabila mahu beli diesel guna kad ini, pengusaha stesen
minyak kata mesin tergendala sehingga kereka terpaksa membayar mengikut
harga pasaran,” katanya.

Beliau dalam pada itu, turut menyarankan kerajaan menyeragamkan
proses pembaharuan lesen, cukai jalan serta pemeriksaan Perkhidmatan
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi kenderan
perdagangan.

Katanya tempoh tamat secara berasingan bagi setiap dokumen berkaitan menyukarkan operasi pengusaha bas.

“Kalau boleh biarlah tamat serentak dalam tempoh setahun. Diharap
agensi-agensi terlibat seperti JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan),
Puspakom dan lain-lain melihat semula dasar ini bagi memudahkan
pengusaha bas sekolah,” katanya.–Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons