December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Naib Presiden Pas, Iskandar A Samad dilihat begitu berani dengan menempelak pimpinan partinya sendiri apabila beliau menaikan satu posting yang menyuruh  mereka yang kata jangan serang Umno supaya masuk Umno!

Posting Adun Chempaka itu berbunyi :

“Umno tengah hebat serang Pas di Pandan isu Jamal Pak Tongko. Kalau ada yang kata jangan serang Umno, pergilah masuk Umno” 

Kenyataan tersebut sangat bertentangan dengan arahan parti yang pernah dikeluarkan oleh Presiden Pas, Hj Hadi Awang yang melarang ahli Pas menyerang Umno.

Kenyataan itu sudah tentunya ditujukan kepada Presidennya, Hj Hadi sebab Hj Hadi sendiri pernah mengeluarkan kenyataan supaya tidak menyerang Umno.

 Pada 16 April 2016, Hj Hadi telah membuat kenyataan bahawa PAS tidak lagi mengambil pendekatan tegang dengan UMNO kerana mengambil konsep Al-Quran iaitu bertolong-menolong dalam perkara baik dan tidak membantu dalam perkara yang buruk.~ sumber
Status Iskandar tersebut telah dimuatnaik pada 1 Disember lalu. Sehingga kini masih belum ada reaksi dari mana-mana pimpinan PAS mengenainya.

 Arahan Hj Hadi tersebut telah turut disebar luaskan oleh lain-lain pemimpin kanan parti tersebut.

 Idris Ahmad, selaku Naib Presiden Pas telah menyambut kenyataan Hj Hadi dengan mengeluarkan satu kenyataan pada 25 Mei 2017 :  Pas tak lagi mahu bom Umno!

Sementara Nik Abduh pula menyambutnya dengan kenyataannya pada 2 April 2017 :  Jangan musuhi UMNO sampai akhirat.

Jelas bahawa Idris Ahmad dan Nik Abduh hanya menyambut kenyataan yang berupa arahan Hj Hadi tersebut.

Tetapi tidak bagi Iskandar Samad! Malah dia marahkan Hj Hadi dan mereka yang melarang serang Umno dan dengan beraninya Iskandar suruh mereka supaya masuk Umno!

Ada tak pemimpin Pas lain yang seberani Iskandar?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons