December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus



Penganalis dan pengumpul data, Kuang Keng Kuek Ser mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berkongsikan maklumat yang salah tentang carta kemiskinan bumiputera di Malaysia pada semalam di Twitternya.


“Siapa sahaja yang membuat carta ini seharusnya dipecat. Paksi X tidak ditandakan secara tepat. Tujuannya sudah tentu untuk memanipulasikan fakta supaya pembaca yang melihat carta tersebut berfikir masalah kemiskinan di kalangan bumiputera diselesaikan dalam jangka masa singkat. 


Akan gunakan contoh ini sebagai ‘PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN’ dalam kursus data kewartawanan saya. Terima kasih @imnormgoh kerana memberitahu hal ini,” katanya di Twitter pada semalam.




Mengikuti pendedahan itu, penolong pengarang berita di The Malay Mail, Zurairi Abdul Rahman kemudiannya berkongsikan carta sebenar bagi merujuk kadar peratusan kemiskinan bumiputera di Malaysia.


Dalam carta yang dikongsikan Zurairi, kemiskinan bumiputera menunjukkan peratusan penurunan (semakin mengecil) bagaimanapun ia mengambil masa selama 46 tahun untuk berada di kedudukan terkini.

Bagaimanapun pihak kami tidak jelas dengan penanda aras yang dijadikan rujukan untuk mengukur kajian berkenaan.


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuatnaik carta kemiskinan bumiputera di Twitternya dan meletakkan kapsyen; “Kerajaan @barisanasional dan UMNO berjaya menurunkan insiden kemiskinan Bumiputera ke tahap yang cukup rendah, manakala kadar peratusan kemiskinan tegar juga amat kecil #PAU2017,”.

Pendedahan itu juga mengundang percakapan negatif netizens terhadap UMNO.

“Jika benda fakta macam ni pun UMNO seleweng, yang terang-terang kita boleh periksa, bagaimanapun dengan perkara yang kita tak nampak agaknya,” kata salah seorang netizen yang mengulas pendedahan berkenaan di Facebooknya. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons