December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


 “Tanggungjawab itu kini digalas parti Umno dan speaker Dewan Rakyat,” katanya. 

 Mengibaratkan seperti bermain bola sepak menurut beliau, PAS sudah melakukan hantaran, kini bola di kaki Umno untuk menjaringkan gol.

 “Banyak orang pertikai, kata PAS kena tipu. Sebenarnya kita dah tendang bola ke kaki Umno, sepatutnya Umno kena tendang masuk gol. 

 “Jadi bukan masalah PAS lagi, sebab kita dah pass the ball,” katanya ringkas kepada media selepas menghadiri mesyuarat exco Kelantan, di Kota Bharu, hari ini. Baca lagi di sini

PAS KAKI BANGKU TAPI MAHU MAIN BOLA SEPAK

Sejak lama dulu lagi kita bagi tahu kepada Pas, membawa usul pindaan RUU355 di Parlimen memang bukan tugas atau tanggungjawap Pas.

Peraturan majlis mesyuarat dewan rakyat pindaan 2013, segala jenis RUU mestilah melalui ahli parlimen kerajaan. Ini termasuklah usul persendirian yang dibawa oleh pembangkang.

Maka sebab itu banyak pihak sebelum ini berpandangan kerajaan lebih wajar mengemukakan sendiri bagi mendapatkan kelulusan.

Tetapi Hj Hadi ngada-ngada mahu menonjolkan kehebatan dirinya konon…dan terlalu percayakan janji-janji Umno yang dibuat melalui Dato Sri Jamil Khir Baharom. Hj Hadi pun telan bulat-bulat umpan dari Umno tersebut.

Akibatnya, Pakatan Rakyat berkubur, RUU355 entah kemana….

Sepatutnya Hj Hadi kena akur hala tuju (road map) jawatankuasa teknikal yang telah ditubuhkan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan satu ketika dulu.

Road map ini adalah bagi membolehkan enakmen jenayah di negeri Kelantan dilaksanakan iaitu dengan meminda RUU355 dan jawatankuasa ini juga telah bersetuju RUU355 ini mesti dibawa oleh kerajaan kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

Sekiranya RUU355 ini benar-benar dibawa oleh kerajaan, maka seluruh ahli parlimen yang mewakili parti komponen BN adalah terikat dengan perjanjian dan disiplin gabungan tersebut. 

Setiap ahli parlimen wajib untuk menyokong semua usul yang dibawa oleh kerajaan sebagaimana yang diputuskan oleh jawatankuasa WHIP. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan disiplin. Perkara ini pernah dihadapi oleh PAS sewaktu berada di dalam Barisan Nasional, yang akhirnya mengakibatkan parti itu ditendang keluar pada tahun 1977.

Perlu juga diingat bahawa kuasa Speaker Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada usul RUU355 ini bergantung kepada kebenaran daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.

Inilah sebenarnya sifat bodoh dan gelojoh Hj Hadi; dia kaki bangku tapi nak bemain bola juga. Bila dia dapat bola dia hantar bola ke kaki Umno….

Bukankah bodoh namanya, hantar bola kepada musuh dan mahukan musuh tendang masuk gol untuk Hj Hadi?? Kah! kah! Kah!

Lebih baik jika Hj Hadi pergi main guli dengan budak-budak Pasti!

Para penonton digelanggang dah puas menjerit bagi tahu Hj Hadi, Umno tu hanya berpura-pura sebagai rakan sepasukannya; tapi Hj Hadi ni pekak badak tak mahu dengar apa yang disampaikan. Dia dapat bola, dia hantar ke Umno untuk menjaringkan gol!!

Umno pun gelewak depan pintu gol…tak sepak masuk sampai whistle penamat ditiup!

 Pada 29 Mac 2017, Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa Dewan Tertinggi BN memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda RUU355 di Parlimen.

Tapi mengapa  Hj Hadi masih terus mengharap kepada janji-janji manis  Jamil Khir  dan Ashraf Wajidi?

Hj Hadi menaruh harapan terhadap pengakuan Zahid Hamidi yang kononnya kerajaan akan membawa sendiri usul pindaan RUU355 di parlimen walaupun kenyataan Zahid telah dioverulled oleh Najib.

Patutkah Pas nak marahkan Umno sebab kebodohannya sendiri? Bukankah Almarhum TGNA bagi tahu dulu lagi supaya jangan dipatuk di lubang yang sama. Almarhum ingatkan Pas supaya jangan sekali-kali percayakan Umno!

Kita dapat saksikan kebodohan Hj Hadi secara jelas melalui babak-babak berikut ketika kali pertama dia berpeluang membawa RUU 355 di parlimen pada 26 Mei 2016 iaitu hari terakhir persidangan:

a) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan usul persendirian Abdul Hadi itu dibawa ke depan dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

b) Usul Azalina kemudian disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. 

c) Apabila diberikan kebenaran untuk membentangnkannya oleh Yang Dipertua dewan, Pandikar Amin Mulia, Hj Hadi pun membacakannya macam budak tadika… 

d) Speaker minta Hj Hadi memberikan huraian mengenainya. 

e) Hj Hadi nampak menggalabah tak tentu pasal, mencari-cari sesuatu. 

d) Beberapa saat kemudian Hj Hadi menjawab berpandukan helaian kertas kecil yang dibacanya, “Tuan Yang Dipertua, Saya mohon supaya usul ini ditangguhkan dan dibawa ke mesyuarat akan datang mengikut mesyuarat 15 (5)”

Daripada senario di atas itu, memaparkan kepada kita bahawa Hj Hadi memang tidak cukup bersedia hinggakan bila Speaker tanya samada nak beri huraian, dia menggelabah!!

 Itulah Hj Hadi, bila dapat peluang, dia sendiri yang minta penangguhan. Dapat 3 kali peluang, 3 kali itulah dia minta tangguh untuk dibahaskan.

Kali terakhir persidangan, Hj Hadi langsung tak turun padang! Bukan satu hari, sepanjang sesi persidangan dia ponteng tapi sempat mengadakan ceramah di tempat lain!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons