December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Jelas ketegasan yang dipamerkan oleh MB Pahang ini mampu membuatkan puak pembangkang ketandusan idea untuk dijadikan sebagai bahan modal Politik murahan mereka.

Wira Perkasa Malaysia memuji sikap bertanggungjawab Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob dalam menangani isu projek pembalakan dan pembangunan di hutan simpan Merapoh, Kuala Lipis.

Ketuanya, Burhanuddin Ruslan berkata, Ketua Kerajaan Negeri Pahang itu meletakkan pentadbirannya lebih mementing dan memberikan keutamaan kepada rakyat, bukan bersikap melepas tangan atau menuding jari seperti sesetengah pemimpin lain.

“Projek pembalakan dan pembangunan hutan itu diluluskan kepada Yayasan Pahang atas dasar hendak membantu rakyatnya melanjutkan pelajaran seperti menyediakan biasiswa kepada anak Pahang.

“Bagaimanapun, jika projek itu mendatangkan kemudaratan kepada rakyat, beliau bersedia membatalkannya dan bersedia pula menggantikan dengan kawasan lain,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Dalam kenyataan semalam, MB Pahang itu berkata, Kerajaan Negeri sedia menghentikan segala kerja pembalakan dan pembukaan hutan di Mukim Batu Yon, Merapoh, jika ia mengganggu ekosistem khazanah alam dan mengambil kira kepentingannya sebagai kawasan tadahan air.

“Kalau penting untuk kawasan tadahan air, kita boleh batal. Yayasan Pahang (YP) boleh cari tempat lain untuk balak, Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang (LKPP) cari kawasan lain untuk kelapa sawit, bukan payah sangat sebab Menteri Besar pengerusi YP dan LKPP,” kata Adnan.

Menurut Burhanuddin, Wira Perkasa Malaysia berharap sikap dan peranan seperti itu patut dicontohi pemimpin lain bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Katanya, pihak pembangkang pula tidak perlu memutarbelitkan isu itu untuk mendapatkan faedah politik mereka.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons