December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Pihak Polis Diraja Malaysia memperjelaskan laporan bahawa terdapat perompak yang menyamar sebagai pihak polis dengan dakwaan ingin membuat pemeriksaan bagi mengesan penjenayah yang diburu polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat,  mangsa dikunjungi tiga penjenayah terbabit kira-kira jam 4.50 pagi ketika dia dan tiga anaknya sedang lena tidur di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam.

Anggota polis palsu itu mengarahkan mangsa membuka pintu dengan alasan mahu membuat pemeriksaan bagi mengesan seorang penjenayah yang diburu polis. Sebaik dapat masuk ke dalam, suspek menggeledah rumah mangsa dan dalam masa sama seorang daripadanya menunjukkan satu objek menyerupai pistol ke arah keluarganya.

“Suspek melarikan kereta jenis Honda Insight milik mangsa, telefon bimbit, komputer riba dan barangan kemas. Sebelum melarikan diri, seorang daripada suspek bertindak menggari mangsa bersama tiga orang anaknya.Ketika polis sampai ke rumahnya mangsa masih dalam keadaan bergari.”



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons