December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 6 Dis.- Tanggal 20 Januari depan, cukup dua tahun pelakon ini bergelar ibu tunggal.

Makin sibuk dengan dunia lakonan, Fasha Sandha,33, akui masa terluangnya kini hanya untuk dua anaknya dan keluarga.

Walaupun begitu ketika ditanya Utusan Online sama ada yang sudah berjaya menambat hatinya ternyata Fasha sendiri cukup jujur untuk menjawab memang benar ada yang mendekati. Malah jelasnya bukan seorang atau dua tetapi ramai.

“Memang ada, malah saya sedang berkawan dengan semua mereka. Jangan salah faham, mereka juga sudah saya jelaskan yang fasa kini hanya berkawan sahaja tidak lebih daripada itu.

“Sekarang saya tidak terfikir soal jodoh lagi, rancangan saya bila sudah berumur 35 baru saya serius untuk berkahwin,”katanya.

Mengakui ada di antara lelaki yang cuba mendekatinya itu pernah menunggunya di set penggambaran. Kata Fasha kebanyakkan lelaki yang cuba menambat hatinya ini hadir daripada pelbagai golongan.

“Ada yang VIP ada yang tidak, ada yang biasa, macam- macam.

“Malah ada yang sanggup tunggu saya di set penggambaran sebab mahu jumpa saya. Jujurnya saya hargai usaha dia, tetapi saya rimas sebenarnya,” katanya lagi.

Sementara itu Fasha ditemui pada sidang ahkbar drama lakonannya Syurga Yang Kedua. Drama bersiri 70 episod ini juga adalah adaptasi daripada sinetron popular Indonesia.

“Saya akui ini adalah antara watak yang paling berat pernah saya pegang.

“Tentunya saya harap drama ini juga dapat diterima dengan baik oleh penonton sama seperti drama lakonan saya Lara Aishah,”jelasnya.

Sementara itu Syurga Yang Kedua akan menemui penonton di saluran Astro Prima dan Maya pada 12 Disember depan pada setiap hari Isnin dan Jumaat pukul 6 petang. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons