December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Selebriti yang popular dengan pelbagai kenyataan-kenyataan pedas berapi, Azwan Ali, menyelar tindakan penyanyi, Datuk Sheila Majid yang membangkitkan keluhan berkaitan kos sara hidup rakyat.

Azwan berkata beliau sendiri terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan ratu Jazz negara kerana menurutnya Sheila merupakan artis yang beliau segani dan hormati.

“Bila dia meroyan seperti itu, itu merosakkan generasi baru. Anda (Sheila) kononnya artis besar, kalau kau berjaya, kau ada datuk, kaya raya, ada pengikut berjuta bukankah kerana kerajaan. Go to hell (pergi jahanam).

“Saya rasa dia zaman sudah jatuh, bila lagi hendak popular, tetapi tidak boleh lawan Azwan Ali punya viral,” katanya sewaktu ditemui di Perhimpunan Agung Umno kali ke-71 2017, di PWTC, hari ini.

Penyanyi popular Sheila Majis menarik perhatian warga Internet apabila beliau mengeluh kos hidup yang tinggi dan nilai ringgit yang lemah di Twitter.  -UtaraNews-



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons