December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Tidak menghairankan apabila Zaid Ibrahim, sang katak yang akhirnya tersadai di pangkuan Lim Kit Siang dan DAP memulakan serangan ke atas KDYMM Sultan Selangor. DAP sememangnya memerlukan seorang individu Melayu untuk membuat serangan seperti itu memandangkan serangan-serangan ke atas institusi kesultanan Melayu sebelum ini, bukan sahaja tidak berjaya, tetapi meninggalkan kesan buruk ke atas parti tersebut.

DAP pernah bercadang mahu menyaman KDYMM Sultan Perak ekoran Pakatan kehilangan Kerajaan Negeri Perak pada 2009 apabila tiga orang ADUN mereka lompat parti walaupun sebelum itu, Pakatan begitu seronok apabila seorang ADUN BN melompat ke Pakatan.

Bagaimanapun, DAP begitu memuji KDYMM Sultan Selangor apabila baginda menolak perletakan semua jawatan yang disandang oleh ADUN Bukit Lanjan yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong apabila gambar-gambar aibnya disebarkan oleh bekas teman lelakinya sendiri. DAP menyifatkan tindakan baginda sebagai sesuatu yang bijak.

Namun pada tahun 2011, berlaku kemelut Damansara Utama Methodist Church (DUMC) dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengakhiri kerjaya politik Hasan Ali. KDYMM Sultan Selangor telah diseret untuk campurtangan menyebabkan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR menyerang baginda pula.

Begitu juga ketika upacara pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada tahun 2012. Bagaimanapun, hanya Azmin Ali, Tian Chua dan Khalid Samad yang menjadi tumpuan kerana saksi melihat mereka sahaja memperolok-olokkan beberapa orang Raja-Raja Melayu selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam upacara tersebut. (RUJUK SINI)

2014, sekali Selangor kelam-kabut apabila Anwar Ibrahim yang cuba mengelak daripada dipenjarakan kerana jenayah liwat, bersetuju dengan rancangan LANGKAH KAJANG Rafizi Ramli yang akhirnya menyaksikan PRK Kajang diadakan, dan Khalid Ibrahim digulingkan walaupun dia yang membiayai kempen Pakatan sepanjang PRK tersebut.

KDYMM Sultan Selangor kemudiannya dipermain-mainkan oleh PKR dan DAP apabila mereka sekadar menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar walaupun baginda telah meminta lebih dari dua nama. Dengan kata lain, PKR dan DAP sengaja ingkar dalam usaha memaksa KDYMM Sultan Selangor akur dengan kehendak mereka.

Justeru apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim amat mudah ditelah. Bagi mengurangkan risiko kepada parti menjelang PRU-14 terutama membabitkan sokongan orang Melayu-Islam, maka DAP menggunakan tenaga kerja mereka dari kalangan orang Melayu seperti Zaid Ibrahim dan Zaidi Ahmad, bekas juruterbang TUDM yang dipecat kerana melanggar arahan untuk menyuarakan kebiadapan mereka kepada KDYMM Sultan Selangor, khususnya dan institusi raja-raja Melayu, amnya.

DAP akan menggunakan kesemua cara untuk menunjukkan kebencian dan tentangan mereka terhadap institusi raja-raja Melayu sekalipun pada masa yang sama, mereka juga akan melafazkan ikrar kononnya akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta peruntukan-peruntukannya. Bagaimanapun, seandainya kita perhatikan DAP itu sendiri wujud hasil daripada tentangan mereka terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya yang membabitkan peruntukan-peruntukan terhadap Melayu-Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu bahkan Artikel 16A yang membabitkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai pra-syarat untuk memegang kewarganegaraan negara ini!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons