December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Selebriti tanahair diingatkan tidak berlagak pandai atau acah-acah ‘terer’ politik dengan membuat pelbagai komentar mengkritik pentadbiran kerajaan di laman sosial tanpa asas yang kukuh.

Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar berkata, lebih buruk lagi apabila kritikan itu dibuat hanya berdasarkan kepada rujukan dan bersumberkan laman sosial serta Internet.

“Kalau anda nak jadi penganalisis politik atau ada pemikiran kritikal tentang politik kerajaan, saya percaya anda boleh melakukan lebih baik dengan banyak membaca buku.

“Kalau rasa nak jadi tenaga pemikir, gunakan saluran betul, tulis surat atau hantar emel, buat betul-betul. Jangan cakap acah-acah terer politik, sebab itu ramai buat macam itu, ramai orang Melayu buat macam itu.

“Ini kerana banyak sumber dalam Internet bukan semua kita boleh pakai,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Dira juga mengingatkan golongan muda agar tidak mudah mempercayai segala komentar artis atau selebriti hanya kerana menjadi pujaan dan minat mereka, lebih-lebih lagi menyentuh isu pentadbiran dan politik negara.

“Ada banyak lagi benda baik kerajaan buat, kenapa tak kongsi?” Demikian persoalan dilontarkan Exco Puteri Umno, Khaidhirah Abu Zahar kepada beberapa selebriti yang menyuarakan pandangan mereka mengenai isu negara dan kos sara hidup di media sosial.

Khaidhirah atau lebih juga dikenali sebagai dengan nama singkatan Dira Abu Zahar berkata, penggiat seni seharusnya menggunakan platform yang sesuai untuk menyuarakan pandangan mereka.

“Memang kita amalkan kebebasan bersuara, tapi gunakan platform yang terbaik untuk bercakap. Tidak semestinya bila bersama parti politik baru boleh suarakan pendapat.

“Ada saluran yang lebih efektif berbanding hanya ‘berbunyi’ di media sosial. Saya sendiri dalam ucapan di Perhimpunan Agung Puteri Umno ada bawa usul mengenai industri kreatif yang sepatutnya diberi perhatian oleh rakyat,” katanya ketika ditemui semalam.

Realitinya, memang tak salah sekiranya mana – mana pihak nak mengutarakan pandangan mereka. Tapi apa yang pasti, pendapat dan pandangan mereka itu perlu ikut saluran yang betul.

Misal contohnya, kenaikkan kos sara hidup yang didakwa membebankan rakyat. Padahal, mereka yang bersuara itu sendiri hidup mewah dan suka mempamerkan kemewahan mereka secara terbuka melalui laman media sosial. Itu RETORIK namanya!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons