December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PUTRAJAYA 7 Dis. – Mahkamah Rayuan sebentar tadi memerintahkan seorang bekas penuntut sarjana universiti awam menjalani hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki 12 buku berunsur perbuatan keganasan, Mac tahun lalu.

Keputusan sebulat suara terhadap Siti Noor Aishah Atam, 30, itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmadi Asnawi yang bersidang bersama Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Mahkamah menolak rayuannya terhadap sabitan. Panel itu bagaimanapun mengurangkan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Kuorum berkenaan memerintahkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 22 Mac tahun lalu. Siti Noor Aishah dijangka dibebaskan dari penjara awal tahun depan.

Wanita itu didakwa me­lakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu pada pukul 12.25 te­ngah hari, 22 Mac tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, 12 buah buku itu merupakan item berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas iaitu Jemaah Islamiyah, Daesh dan al-Qaeda.

Perayu didakwa mengikut Sek­syen 130JB(1)(a) Kanun Kese­ksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak mana-mana bahan tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons