December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Roketkini.com

JOHOR BHARU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin
terus diasak supaya tidak menggunakan pelbagai alasan dan ‘ugutan’ bagi
mengelak kemelut berkaitan skandal hartanah negeri itu terbongkar.

Menurutnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai, Wong Shi Qi, Suruhanjaya Siasatan di-Raja (RCI) perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat skandal terbabit.

“Sebagai seorang Menteri Besar dan ahli politik, Khaled sepatutnya
mengambil peluang beliau perlu menjelaskan mengenai isu (skandal tanah)
tersebut.

“SPRM juga perlu memberi penjelasan dan laksanakan penyiasatan terhadap MB,” kata Suki,” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Khalid dalam ucapan penggulungannya hari ini dilihat cuba ‘mengugut’
Adun itu kononnya ‘telah ‘melanggar undang-undang’ dan ‘mencemarkan
wibawa dewan’ ‘membocorkan rahsia rasmi kerajaan untuk melakukan
fitnah’.

Mengulas perkara itu beliau berkata Khaled tidak sepatutnya menyorok
di belakang Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebaliknya perlu berterus-terang
sahaja.

Kontroversi skandal hartanah itu tercetus apabila Shu Qi pada minggu
lalu membangkitkan persoalan melibatkan sejumlah suapan RM12 juta
membabitkan pertukaran status tanah lot Bumiputera berdasarkan dokumen
saksi SPRM yang bocor di laman web.

Ia rentetan dari kes penangkapan Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk
Abdul Latif Bandi dan serorang perunding hartanah pada Mac lalu atas
tuduhan melibatkan suapan berjumlah RM30.3 juta

Sementara itu, Adun Mengkibol, Tan Hong Pin ketika
dihubungi berkata, Khaled telah gagal menjawab persoalan yang
dibangkitkan sebaliknya cuba menggunakan helah untuk dengan pelbagai
alasan yang tidak relevan.

“MB tak jawab soalan – tak meyakinkan. Kalau dia (Khaled) berani, tak perlu tokok tambah perkara yang tak relevan.

“Dia tidak boleh jawab semua persoalan dengan hanya satu penafian
saja. Dia cakap tak pernah ambil (rasuah) tapi yang dibongkarkan banyak
termasuk segala maklumat terperinci,” katanya lagi.

Sementara itu, puluhan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan
(HARAPAN) Johor hari ini berkumpul di perkarangan terminal bas Kota
Iskandar.

Protes itu dibuat bagi mendesak pihak berkuasa turut menyiasat
Menteri Besar ekoran skandal pertukaran status hartanah Bumiputera yang
berlaku.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar ketika bercakap media berkata, Khaled perlu tampil menjawab segala dakwaan rasuah melibatkan namanya.

“Sebab itu hari ini kita mendesak beliau tampil dan sebutkan
(jelaskan) mengenai skandal yang dibocorkan dalam sebuah laman wab
berkaitan RM12 juta.

“Nama beliau dikaitkan dan beliau kena jawab kerana ia berkaitan
dengan kepentingan rakyat negeri ini. Kalau tak menjawab, maknanya
beliau telah khianat terhadap isu melibatkan tanah di negeri ini,”
katanya lagi. – Roketkini.com



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons