December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Padu  !!  Perwakilan P.Pinang  Datuk Zaidi tibai boss kesayangan Adun PKR Seberang Jaya dengan nada perli kaw-kaw. 

Rekod baru banjir dan tanah runtuh lebih 100 kali !!  

Jangan pulak ada macai2 dan Si Kitol pulak kata dengan alasan  ini semua dari Tuhan dan air banyak dari Kedah . 

 Kalau tak dek kerana tangan kerakusan menggila pemimpin mereka merosakkan alam sekitar , ia tidak teruk sebegini 

Good Job  Datuk Zaidi !!  

Dalam nada sinis, Mohd Zaidi berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melakar pelbagai rekod baharu sejak kebelakangan ini menerusi episod banjir dan runtuhan cerun bukit di negeri terbabit.

Katanya, pemerintahan Setiausaha Agung DAP itu menempa rekod kebangsaan apabila Pulau Pinang dilanda banjir 119 kali sejak 2013, selain 131 insiden tanah runtuh di cerun bukit dari tempoh 15 September hingga 24 November lalu.

“Paling pelik ialah banjir masih tidak surut walaupun Datuk Zahid (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan Datuk Hishammuddin (Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein) turun ke Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, apabila Datuk Seri Najib (Razak) dan isteri, Datin Seri Rosmah (Mansor) jejak saja kaki mereka di Pulau Pinang… teruih (terus) surut.

“Jadi saya harap, Datuk Najib teruih mai ke Pulau Pinang bila banjir sebab ayaq tu hanya nak surut lepaih kena kaki dia,” katanya dalam longhat Utara seraya mendapat tepukan gemuruh perwakilan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons