December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor. Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti ke­nyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut.

Itu susulan kenyataan dari Baginda Sultan Selangor berikutan kenyataan biadab Zaid Ibrahim di dalam akaun laman sosial Twitter beliau yang bertulis,

Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.

Saranan Baginda Sultan Selangor ini seharusnya dipandang berat oleh Zaid Ibrahim sekiranya beliau seorang yang bermaruah dan berprinsip. Tidak pasti sama ada Baginda Sultan Kelantan yang juga YDP Agong serta Rakyat Baginda secara berlapang dada menerima Zaid Ibrahim. Apa yang pasti, Pulau Pinang pasti menjadi syurga kepada Zaid Ibrahimdan kedatangan beliau pasti dialu-alukan.

Kita juga tertanya-tanya di manakah hilangnya Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali. Ketika Sultan Selangor murka dengan ‘Self Proclaimed Top Dog’ Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, Azmin Ali mendiamkan diri. Kali ini dalam tempoh tidak sampai sebulan, sekali lagi Baginda Sultan Selangor murka akibat kenyataan biadab Zaid Ibrahim. 

Sebagai rakan kongsi politik Tun Dr Mahathir (PPBM) dan Zaid Ibrahim (DAP) di dalam Pakatan Harapan, Azmin Ali tidak harus berdiam diri. Beliau harus membuat kenyataan menyokong kenyataann mereka atau sebaliknya. Sebagai Menteri Besar Kerajaan berdaulat Selangor, Azmin Ali seharusnya mempertahankan Baginda Sultan Selangor atau beliau wajib meletakkan jawatan!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons