December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 

KUALA LUMPUR:
Mulai 2018, pekerja yang kehilangan pekerjaan layak menerima faedah
interim berbentuk elaun tunai berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh
maksimum tiga bulan di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP).

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr
Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kerajaan memperuntukkan RM122 juta
kepada PERKESO untuk melaksanakan SIP tersebut.

Katanya, seramai 57,282 individu dijangka menuntut faedah berkenaan yang melibatkan lebih RM103 juta tahun depan.

“Melalui program SIP juga, mereka yang menjalani perletakan jawatan
secara sukarela (VSS) dan tamat tempoh kontrak perkhidmatan juga layak
menerima faedah berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata PERKESO akan mengadakan jerayawara
(roadshow) selama sebulan di 17 lokasi seluruh negara mulai esok untuk
memberi kefahaman mengenai liputan, pendaftaran, caruman, pentadbiran
dan penguatkuasaan SIP kepada majikan, pekerja dan kesatuan pekerja di
negara ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr Mohd
Gazali Abas menyasarkan sejumlah RM470 juta akan dicarum oleh 6.4 juta
pekerja swasta melalui program SIP.

SIP mula dilaksanakan pada Januari depan sebagai satu jaringan
keselamatan sosial bertujuan membantu golongan pekerja swasta yang
kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari
pekerjaan baharu.

Pada 25 Okt lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang
SIP 2047 dan Rang Undang-Undang itu akan dibentangkan di Dewan Negara
untuk kelulusan.

Melalui skim SIP, kadar caruman oleh majikan sebanyak 0.2 peratus dan 0.2 peratus daripada gaji bulanan pekerja.–Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons