December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


LELAKI yang sebelum ini bertindak menikam pemandu bas kerana tidak sengaja meninggalkannya di Alor Setar bulan lalu dipenjara 5 hari dan dikenakan denda sebanyak RM3,000 hari ini.

Hakim Mahistret, Shamshol Azwa Martadza menjatuhkan hukuman Itu selepas peniaga berusia 42 tahun, Kong Yeow How mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan kepadanya.

tikam pemandu bas
Sumber Foto — Berita Harian

Kong berasal dari Kaki Bukit, dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan sebilah pisau terhadap Mohd Fakhri Yahya, 33 di stesen bas Kangar pada jam 11.02 malam 16 November 2017.

Timbalan pendakwa raya Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala Kong diwakili oleh peguam Asmaniza Abdullah.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, seorang penumpang bas ekspress yang ditinggalkan secara tidak sengaja ketika bas berkenaan berhenti seketika di Alor Setar telah menaiki sebuah teksi mengejar bas tersebut sebelum menyerang pemandunya dengan sebilah pisau sebaik sahaja bas itu singgah di terminal Kangar.

Pemandu berkenaan menerima tiga jahitan akibat luka tikaman Sedalam 3 cm yang dialami di bahagian bahunya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons