December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Sebutan kes saman pemula Pengerusi Pakatan
Harapan Kelantan Datuk Husam Musa terhadap pemilik tanah Wisma Tok Guru
di Kota Bharu akan berlangsung pada 17 Disember nanti.

Perbicaraan kes tersebut sepatutnya berjalan hari ini.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu membuat penangguhan
selepas peguam yang mewakili anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor
menerima affidavit jawapan bagi saman tersebut daripada Setiausaha Kerja
PAS Kelantan Mohd Yasin Yusoff pada Khamis lalu.

Menurut peguam utama Husam, Norazham Yahaya, Mohd Yasin yang juga
pemilik baru tanah yang menempatkan Wisma Tok Guru itu sebelum ini
mendapat persetujuan pihaknya untuk menjawab di luar tempoh kebiasaan 14
hari kerana beliau baru sahaja pulang mengerjakan umrah.

“Justeru, kami memerlukan masa bagi mengemukakan jawapan balas afidavit Mohd Yasin itu.

“Mengikut peraturan mahkamah, anak guam kami mempunyai tempoh 14 hari
untuk membuat jawapan balas,” katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, isu Wisma Tok Guru yang dijadikan Pusat Khidmat ADUN Salor
menarik perhatian ramai selepas pemilik asal hartanah itu menjual tiga
lot tanah kepada Mohd Yasin.

Bagaimanapun, Husam mengemukakan saman pemula bagi menuntut haknya ke
atas bangunan baru yang dibina selepas mendapat kebenaran daripada
pemilik tanah sebelum ini.

Sementara itu, Norazham berkata prosiding yang sepatutnya dijalankan
hari ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache’ telah
dipanggil bersidang di hadapan Timbalan Pendaftar, Wan Nor Aklima Wan
Salleh.

“Semasa prosiding mahkamah, diberitahu bahawa satu kes lain telah
difailkan oleh Mohd Yasin terhadap Husam bagi mendapatkan perintah
pengosongan hartanah yang sedang dipertikaikan.

“Kes tersebut dijadualkan untuk pengurusan kes kali pertama juga pada 17 Disember ini,” katanya.

Sebagai rekod, Mohd Yasin diwakili barisan peguam diketuai Nik Asma’ Bahrum Nik Abdullah.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons