December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Kemarahan dan kebencian Teresa Kok terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang tinggal di Kuala Lumpur, mungkin tidak pernah diterjemahkan secara nyata menerusi kenyataan media atau temuramah dengan wartawan. Namun, bantahan yang dibuatnya sudah cukup untuk menggambarkan niat sebenar Timbalan Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai kebencian melampau dan bersikap rasis menebal.

Dari bulan Mac lagi, Teresa Kok menyuarakan bantahannya terhadap rancangan kerajaan untuk menyediakan rumah-rumah yang berharga lebih rendah dari pasaran di kawasan Parlimennya.

Umum mengetahui bahawa majoriti rumah-rumah mampu milik diduduki dan dimiliki oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera. Manakala kaedah terbaik untuk mengurangkan undi orang Melayu di sesuatu kawasan adalah dengan membina perumahan-perumahan mewah seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan sebahagian besar negeri Selangor, terutama di kawasan yang suatu ketika dahulu merupakan majoriti pengundi Melayu.

Teresa Kok berang dengan tindakan Kerajaan Persekutuan membina RumaWIP yang akan dijual murah kepada orang ramai. (RUJUK SINI)

Ahli Parlimen Seputeh itu menggesa agar kelulusan untuk projek Rumah Wilayah Persekutuan (RumaWIP) dan pembangunan lain dibekukan bersesuaian dengan deraf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020. 

Katanya, tindakan Kabinet mengarahkan DBKL membekukan semua projek pembinaan kondominium mewah dan pusat-pusat membeli belah, tidak cukup untuk mengurangkan kebimbangan penduduk kota terhadap cara DBKL dan Kementerian Wilayah mentadbir ibu kota itu. 

Teresa Kok memberi alasan tentang pembinaan tersebut akan turut melibatkan kawasan-kawasan yang telah dizonkan seperti padang bola, padang permainan dan tiang berkapasiti tinggi Tenaga Nasional. 

Hakikatnya, Teresa Kok dan DAP amat berbulu mata melihat orang-orang marhein di kawasan bermajoriti Cina. Kalau boleh, semua orang Melayu golongan sederhana rendah, dihalau keluar dari kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, pulang ke kampung mereka. 

Maka sebab itulah, DAP cukup jijik dengan ‘UNDI ORANG KAMPUNG’. UMNO dan PAS dipandang lekeh kerana hanya memenangi kerusi di kawasan luar bandar. DAP beranggapan mereka lebih tinggi darjat bersama-sama PKR kerana berjaya memenangi kerusi bandaran.

Justeru tidak hairanlah juga mengapa DAP tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina rumah-rumah mampu milik di Pulau Pinang. Sebaliknya lebih teruja untuk membangunkan kediaman-kediaman mewah yang harga rumahnya melebihi RM300 ribu yang mereka sangat tahu, tidak akan mampu dibeli oleh orang Melayu.

Dan sebab itulah juga, mereka yang menguasai pelbagai sektor kepenggunaan termasuklah pembekalan makanan, menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, namun pada masa yang sama, mereka berlakon seolah-olah menentang kenaikan tersebut sambil menghasut orang ramai dengan tujuan mengaburi pemikiran dan pertimbangan akal orang ramai. 

Kebanyakan orang ramai, khususnya orang Melayu amat mudah terpedaya dengan lakonan murahan seperti itu. Dan disebabkan itulah, perhatikan bagaimana kemarahan tentang kenaikan harga dihamburkan kepada kerajaan tanpa sedikit pun dihalakan kepada orang tengah dan pemborong yang lebih bertanggungjawab menaikkan harga.

Tentangan Teresa Kok tentang projek RumaWIP di Seputeh, boleh dibaca sebagai bermotifkan perkauman. Seperti kata Tengku Adnan, Teresa Kok mungkin memprotes kerana berasakan projek perumahan tersebut akan meningkatkan jumlah populasi orang Melayu dan akan mengubah struktur demografi di kawasan berkenaan. 

“Mungkin dia melihat demografi besar orang Melayu di Seputeh sebagai menakutkan, sedangkan kita mengimplemenkan program ini untuk semua tanpa mengira sama ada mereka Cina atau India. Itulah masalah pembangkang, mereka sendiri tidak boleh melakukannya, jadi mereka berhasad dengki dan akan buat apa-apa sahaja untuk menggagalkannya,” kata Tengku Adnan. (RUJUK SINI)

Berdasarkan laporan media, setiap unit di bawah program RumaWIP akan berharga antara RM188,000 dan RM245,000. 

Pada 11 Mac 2017, atas isu yang sama, Teresa Kok dilaporkan telah menimbulkan kemarahan penduduk Taman Desa apabila beberapa orang daripada mereka berhadapan dengannya dan menuduh Teresa Kok sengaja menimbulkan provokasi dan tidak menghormati majlis kenduri kahwin keluarga Melayu yang diadakan di dewan khidmat masyarakat apabila dia mengadakan sidang media berhampiran lokasi.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons