December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus



Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) hari ini membuat laporan polis terhadap Zaid Ibrahim berhubung dua kenyataan yang dituliskan oleh Zaid menerusi Twitternya semalam.


Menurut DPPNS kenyataan di Twitter Zaid itu menghina, mencabar,
kedaulatan institusi Diraja Selangor serta menimbulkan perasaan tidak puas
hati di kalangan rakyat Selangor.

“Pagi ini tepat pukul 10.00, pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) telah membuat laporan polis yang terhadap dua (2) kenyataan/tweet yang dikeluarkan oleh Zaid Ibrahim di akaun twitter penama Zaid Ibrahim bertarikh 5 Disember 2017 menyelar kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini bertarikh 5 Disember 2017 jam pukul 9.12 pagi.

Kenyataan/tweet Zaid Ibrahim tersebut adalah suatu penghinaan dan cubaan membangkitkan perasaan tidak setia kepada Sultan Selangor, mencabar kedaulatan institusi Diraja Selangor, menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat Selangor, mengguris perasaan rakyat Selangor, membangkitkan kemarahan umat Islam dan Majlis Raja-Raja yang boleh membawa kepada permusuhan dan menggugat keharmonian dan ketenteraman awam,” kata Pemuda PAS Malaysia PPM dalam satu kenyataan di Facebook. 

Tujuan laporan dibuat adalah untuk meminta PDRM menyiasat ahli DAP itu. 

“Delegasi DPPNS memohon agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan kepada Zaid Ibrahim di bawah peruntukkan undang-undang Malaysia yang sedia ada,” jelas kenyataan itu lagi.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkannya siasatan berhubung kes itu telah pun bermula.

“Saya boleh mengesahkan satu laporan polis sebenarnya telah pun dibuat di Kuala Lumpur semalam ekoran kenyataan Zaid tersebut dan siasatan telah dibuat oleh pihak Bukit Aman sendiri,” katanya ketika bercakap kepada media selepas hadiri Majlis Perarakan serta Forum Perdana
Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Polis Kontinjen Selangor.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons