December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


 Selebriti Azwan Ali menuntut pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi cadangan cara-cara menghapuskan kuasa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

 Azwan yang merupakan adik kepada Azmin berkata, beliau mempunyai 1 juta cadangan cara untuk mengalahkan Azmin bukan sahaja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa yang diwakilinya, tetapi di seluruh Selangor.

“Saya berdoa siang malam untuk duduk (berbincang) dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Razali Ibrahim pun jadilah. Tapi kalau dapat dengan PM, macam bulan jatuh ke riba.

 “Bukan nak habuan, bukan nak bodek. Tapi janji saya, saya ada sejuta idea untuk jahanamkan Azmin seluruh Selangor. Bukan hanya di (DUN) Bukit Antarabangsa, bukan hanya di (Parlimen) Gombak, saya sanggup turun padang jual ikan, jual apa semua.

 “Saya ada banyak program yang (Ketua Pemuda UMNO) Khairy (Jamaluddin) juga akan tersenyum dan gembira dimana kita jahanamkan Azmin Ali di seluruh Selangor. Silap-silap seluruh negara hancur,” ujarnya dipetik video yang tular di media sosial.

 Azwan kini semakin lantang menentang abangnya selepas pendedahan skandal rasuah melibatkan anak saudara, Mohd Nuzul Fadli Mohd. Noriyualsaid mereka berhubung projek lombong pasir.

 Mohd Nuzul Fadli diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu dan serbuan di kediamannya menemui wang tunai bernilai RM4 juta.

 Azwan mengutuk perbuatan anak buah kesayangan Azmin itu sebagai memalukan keluarga.

 “Gara-gara kau besarkan Azmin Ali, kemudian kau dengar hasutan mak bapa kau untuk tak jemput atau paruah aku sebagai pakcik kau. 

 “Sekarang tuhan bayar tunai! Kau sudah meringkuk dalam lokap untuk siasatan SPRM! Kau meroyan kepada Azmin Ali suruh lepaskan kau! 

 “Muhasabah lah sebelum bala lebih besar terutamanya mak kau yang tak habis caci hina Azwan Ali,” kata Azwan. ~ sumber




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons