December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan lesen pemberian pinjaman wang.

Sumber gambar: majalah.com

SEBENARNYA:

BNM memaklumkan bahawa Bank tidak mengeluarkan lesen pemberian pinjaman wang. Perniagaan pemberian pinjaman wang dikawal selia di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan ditadbir oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap mana-mana orang atau pihak yang mendakwa bahawa mereka diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia. Mereka dinasihati supaya merujuk senarai institusi yang dilesenkan atau diluluskan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia sebelum menjalankan apa-apa urus niaga perniagaan atau pelaburan.

SUMBER:

Bank Negara Malaysia?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons