December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Seluruh dunia kini melahirkan kebimbangan susulan pengumuman presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pengumuman itu telah menyemarakkan kemarahan umat Islam dengan pemimpin negara Islam meluahkan kemarahan mereka.

Tidak terkecuali adalah Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan lantang menentang sekeras-kerasnya pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Jadinya, minggu ini apabila kita dikejutkan dengan cadangan AS untuk mengiktiraf satu daripada tiga Tanah Suci umat Islam, yakni Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila,” demikian suara lantang Najib yang juga Presiden UMNO ketika menyampaikan ucapan dasar Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2017) di PWTC, semalam.

Disebabkan Najib selama ini dilihat lantang dalam membela nasib umat Islam yang teraniaya termasuk membawa kezaliman etnik Rohingya ke pentas dunia, maka beliau turut menjadi perhatian pemimpin dunia Islam lain.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan telah menghubungi Najib untuk mendapatkan sokongan dan solidariti terhadap penduduk Palestin susulan provokasi terbaru yang dilakukan Trump ini.

Najib merupakan antara pemimpin di Asia Tenggara yang dihubungi oleh Erdogan. Ketika Erdogan mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, Malaysia sebenarnya sudah lama melaksanakannya.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel namun pasport Malaysia kini berada di ranking keenam pasport paling ‘power’ dunia iaitu setanding dengan pasport negara maju seperti Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat.

Ini menunjukkan walaupun pasport Malaysia tidak boleh masuk ke Israel, namun ia bukan satu masalah. Begitu juga dalam isu Israel, Malaysia sentiasa lantang bersuara dan jangan lupa bahawa Malaysia merupakan negara paling lantang memperjuangkan Palestin.

Malah ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York yang ke-70, antara intipati ucapan Perdana Menteri ialah perlunya keberanian untuk menangani secara berkekalan ketidakadilan terhadap rakyat Palestin yang menderita sejak 1948.

“Berdekad-dekad bebas tanpa hukuman dan penyahmanusiaan secara sistematik terhadap penduduk Palestin telah mendorong kepada peningkatan keganasan, memperluas penempatan haram dan peningkatan pencabulan hak asasi,” kata Najib.

Ucapan Pedana Menteri itu dibuat di PBB pada 2015 dan pada 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) membuat keputusan penting dengan meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin.

Ia susulan hasil usaha Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram Israel itu.

Jadi dalam isu pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, Malaysia akan terus bersuara dengan lantang untuk membantahnya. Malah Perdana Menteri pasti akan mencari jalan untuk memastikan suara Malaysia ini didengari oleh pentadbiran Trump.

Usahlah pertikai lagi keberanian dan ketegasan Datuk Seri Najib dalam isu Palestin. Datuk Seri Najib lebih berani dari Mahathir. Pernah nampak gambar Mahathir pergi Palestin? Tidak ada.

22 Januari 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza.

Semasa PAU2016, UMNO dan seluruh umat Islam bersolidariti dalam isu umat Islam Rohingya. Kali ini dalam PAU1017, UMNO sekali sudah menyatakan akan membela nasib umat Islam di Palestin.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons