December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 8 Dis. – Warna merah cili yang sekata dan sedaging dipakai oleh para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 melambangkan penyatuan hati kesemua ahli UMNO yang berdiri teguh dibelakang Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak.

Warna merah garang memenuhi segenap ruang legar dan dewan didalam Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) apabila hampir 6,000 perwakilan berhimpun pada Perhimpunan Agung UMNO kali Ke-71.


Warna merah yang sekata dan tepat yang dijadikan pakaian kebanggaan ahli-ahli UMNO sekali pandang dilihat seolah-olah dibeli dari kedai yang sama.


Sedangkan pada hakikatnya, mana mungkin ribuan ahli UMNO membeli kain berwarna merah itu daripada penjual yang sama.


Bagi pemerhati Bahagian Hulu Selangor, Salmiyaton Ibrahim berkata, warna merah UMNO adalah warna merah yang sebenar.


“Warna UMNO adalah warna merah cili.


“Jadi kalau pergi ke kedai pilihlah warna tersebut, mesti hasilnya nanti sama seperti bendera UMNO,” katanya yang jelas memperlihatkan rasa bangga memakai pakaian berwarna merah.


Sementara itu, Nur Shahirah Sharoman pula berkata, dia berusaha membawa bendera parti ke kedai sewaktu memilih kain berwarna merah yang mahu dijadikan baju untuk dipakai pada perhimpunan ibu segala parti itu.

“Merah UMNO memang cantik dan menarik kerana itu dapat dirasakan semangat apabila berkunjung ke PWTC setiap kali berhimpun,” katanya.


Bagi Pengurus Jakel PWTC yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi berkata, warna merah cili ialah warna yang sebenar dan tepat yang terdapat pada bendera parti.


Oleh itu, katanya, kain berwarna merah cili ini mendapat permintaan luar biasa setiap kali Perhimpunan Agung UMNO berlangsung.


“Bukan sahaja baju atau tudung yang menjadi permintaan pelanggan tetapi kain ela berwarna merah cili akan dibeli secara pukal sebagai tempahan untuk dibuat baju,” katanya. 


Sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang bermula Selasa dan berakhir esok, lautan merah cili ‘berjalan’ di sepanjang ruang PWTC. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons