December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PAS tidak layak untuk melontarkan sebarang pandangan berhubung cadangan untuk menamakan Pengerusi Pakatan, Tun Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pakatan pembangkang itu.

Setiausaha Agung parti ternakan DAPigs itu berkata, ini kerana parti bekas rakan kongsi Pakatan itu tidak ada kena mengena lagi dalam pakatan pembangkang itu.

“Dia bukan dalam PH, dia di luar PH. Kita tidak pernah ambil tahu pun tentang pakatan sejahtera dia. Gagasan Sejahtera. 

“Kita tidak pernah komen pun mengenai Gagasan. Jadi dia tidak perlu lah komen pasal PH. Tidak perlu sampuk lah,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Setiausaha PAN itu juga turut menyifatkan tindakan Mohd. Amar Nik Abdullah tiada ‘standard’ untuk memberikan sebarang kenyataan perihal bekas parti yang pernah disertainya itu.

Kelmarin, Naib Presiden PAS itu berkata Pakatan sudah ketandusan pemimpin apabila mahu mengangkat pemimpin veteran berusia 92 tahun itu sebagai calon perdana menteri jika gagasan itu berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya kali ini.

Ujarnya, Pakatan Haprak tu sepatutnya mencadangkan calon yang lebih berupaya bukannya Tun Mahathir yang pernah menjadi PM selama 22 tahun itu sebagai calon untuk jawatan yang sama.

Mala, pemimpin PAS itu sekali lagi menegaskan bahawa zaman pemerintahan Tun Mahathir sudah lama berlalu meskipun mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan tersendiri.

Pakatan sebelum ini dikatakan telah mencadangkan nama Tu Mahathir sebagai calon Perdana Menteri manakala Presiden PKR, Wan Azizah dicalonkan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Difahamkan cadangan tersebut dibuat ketika pemimpin Pakatan mengadakan pemukiman dua hari di Putrajaya pada Jumaat lalu dan kini didakwa sedang menunggu kelulusan daripada Si Ketua Penipu tu.

Bagaimanapun cadangan itu dikatakan mendapat bantahan daripada beberapa orang pemimpin, termasuk Naib Presiden PKR, Tian Chua yang enggan menerimanya sebagai keputusan muktamad.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons