December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KUALA LUMPUR: Malaysia mengulangi sejarah 10 tahun lalu apabila muncul
sebagai juara boling dunia dalam acara berpasukan wanita.  

 

Kejayaan itu ditempa apabila skuad negara yang diketuai pemain
berpengalaman, Shalin Zulkifli menewaskan Singapura dalam perlawanan
akhir Kejohanan Boling Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat, hari ini.

 

Selain Shalin, skuad negara diwakili Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman,
Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan.

 

Skuad negara mengenepikan cabaran musuh ketat Singapura menerusi
jatuhan pin 214-209 dan 188-177 pada final yang berlangsung di South
Point Bowling Center.

 

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini pernah meraih emas acara berpasukan
wanita dua kali iaitu di Kuala Lumpur pada 2003 dan Monterrey, Mexico
pada 2007.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons