February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA TERENGGANU 11 Dis. – Kerajaan negeri hari ini membentangkan Bajet 2018 yang dianggarkan sebanyak RM1.99 bilion dengan fokus terarah kepada segenap lapisan rakyat melalui pelbagai pendekatan yang diyakini mampu memberi impak terus kepada mereka.

Bertemakan Membina Masa Depan Yang Lestari, ia dilakukan bagi mengurangkan bebanan rakyat, dan dalam masa yang sama untuk meningkatkan tahap kesejahteraan mereka serta kemajuan negeri walaupun terus berdepan dengan kemerosotan sumber hasil melalui industri petroluem.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semasa membentangkannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri  hari ini  menjelaskan kerajaan  memberi penekanan terhadap empat tunjang iaitu menangani peningkatan kos sara hidup, penyediaan peluang-peluang pekerjaan, keperluan perumahan dan pembangunan bersifat inklusif berpaksikan rakyat.

Beliau menarik perhatian bahawa bajet kali ini dirangka dengan mengambil kira sebanyak 537 cadangan dan isu daripada lapan siri ‘Jelajah Bengkel Bajet 2018’ dengan sambutan yang dianggap sangat luar biasa.

Menyifatkannya sebagai suatu bajet yang berbeza kerana benar-benar dirangka berasaskan “apa yang rakyat hendak, dan bukannya semata-mata apa yang kerajaan mahu” dengan mengambil kira pandangan daripada akar umbi.

“Kelompok masyarakat termasuklah yang diwakili oleh orang muda dan pemimpin belia, golongan petani

dan nelayan, pemandu bot pelancong dan pengusaha homestay, pemaju restoran dan pemandu teksi, para guru dan kakitangan kerajaan, ahli akademik dan golongan profesional, imam bilal dan pemimpin badan-badan bukan kerajaan,” ujarnya.

Namun, katanya daripada keseluruhan cadangan dan isu untuk ditangan , setelah dianlisis dan dikategorikan, hanya  cadangan bersifat `three feet level’ yang boleh dilaksanakan segera, yang bersifat ‘low hanging fruits’ atau ‘touch points’  dirangkum untuk dijayakan.-UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons