February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KELANTANGAN Sheila Majid dan beberapa artis yang meluahkan pandangan tentang hal ehwal negara seolah disindir tidak faham politik.

Beberapa Pimpinan Barisan Nasional dilihat memberi respon berikutan komen Sheila Majid di laman twitter yang meluahkan rasa kecewa dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan keadaan ekonomi yang semakin membebankan.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam laman twitternya Ahad lalu menjemput ikon penyanyi Sheila Majid (gambar) dan selebriti lain ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mendengar taklimat mengenai keadaan ekonomi Malaysia sekarang.

Dalam laman twitternya, beliau yang bertanggungjawab dalam EPU dipetik sebagai berkata “Mungkin Persatuan Seniman boleh menganjurkan lawatan ini dan saya gembira menjadi tuan rumah.”

Beliau juga berharap Sheila Majid bertanggungjawab dengan apa yang dilontarkan dan menjelaskan mengapa dia berkata begitu.

Sebelum itu, Rahman Dahlan dilihat seolah-olah membandingkan Sheila Majid dengan artis luar dimana dalam komennya menyebut, ” selebriti, pelawak dan juga bintang lucah juga memberi pandangan mengenai isu-isu yang mempengaruhi negara dan sesetengah dari mereka memutuskan untuk menjadi ahli politik sepenuh masa.

Tetapi selebriti ini mempunyai rekod pencapaian yang menunjukkan penglibatan mereka, selama bertahun-tahun, dalam isu-isu yang mereka sukai. Mereka menghadiri dan menganjurkan ceramah, mengambil bahagian dalam perbincangan dan sebagainya. Mereka jarang tweet satu atau dua kali dan mengharapkan orang memahami motif mereka.”

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam sumber The Star yang dipetik dari Portal Kelab Barisan Nasional Backbenchers berkata banyak perkara yang dikatakan Sheila itu tidak benar.

“Banyak yang salah, kerana ini bukan bidangnya,” kata Annuar.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons