February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Oleh : Malaysiakini


Media yang didakwa memutar-belitkan ucapan pemimpin kerajaan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di akhirat kelak, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini. 

Bercakap kepada media di Kuala Lumpur hari ini Tengku Adnan berkata setiap wartawan perlu bertanggungjawab atas setiap laporan yang mereka buat. 

Namun katanya masih ada kenyataan dibuat pemimpin kerajaan dilaporkan secara salah dan mendapat kecaman, terutama daripada pembangkang seolah-olah semua yang dilakukan kerajaan adalah tidak betul. 

“(Hari) ini saya percaya lepas ini (laporan mengenai saya pun) akan salah, macam apa yang Datuk Hamzah sebut berkenaan (isu) mengurangkan kos sara hidup dalam ucapan dia, kena spin off (putar belit). 

“Saya pun tak faham apa nak jadi kepada dunia ni,” katanya selepas menyaksikan menandatangani perjanjian pengambilalihan saham syarikat pengangkutan awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd di antara Pulse Group dan anak syarikat milik penuh Gets Global Berhad, Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Sdn Bhd.

Kenyataan Tengku Adnan itu dibuat sebagai mengulas laporan ucapan penggulungan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (gambar) pada hari terakhir Perhimpinan Agung Umno 9 Dis lalu. 

Hamzah yang mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata isu kenaikan harga barang sudah wujud sejak zaman Rasulullah SAW.

Untuk membuktikan kenyataan itu Hamzah membawakan sepotong hadis mengenai hal berkenaan. 

Malaysiakini melaporkan Hamzah sebagai berkata, tindakan kerajaan untuk tidak campur tangan dalam pasaran bebas selaras dengan amalan di zaman Nabi Muhammad. 

Beliau memetik hadis riwayat Abu Daud daripada Anas bil Malik, berkenaan permintaan sahabat Rasulullah yang meminta baginda menetapkan harga barangan untuk mereka.

“Maka baginda menjawab: Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, menyempit, meluaskan dan memberi rezeki. Sesungguhnya aku benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun yang menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman pada darah dan harta,”
katanya. 

Bagaimanapun dalam laporan The Star Hamzah kemudian mendakwa kenyataan beliau itu diputar belit sesetengah media.

Isu kenaikan kos sara hidup menjadi satu daripada persoalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak sama ada di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur ketika Umno bersidang baru-baru ini atau di luar. 

Ia diakui turut menjadi beban kepada anggota serta penyokong Umno. Malah ia dianggp boleh menjadi bom jangka kepada parti itu ketika pilihan raya umum ke-14 akan berlangsung tidak lama lagi. 

Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno berkata langkah untuk mendakwa wartawan yang melakukan kesalahan laoran itu dibuat kerana kerajaan berdepan dengan banyak tohmahan.

“Kamu semua – wartawan – bertanggungjawab dengan apa yang kamu lakukan. 

“Ingat, kamu semua akan bertemu Tuhan dan kita akan dakwa saudara-saudara sekalian kerana membohong, fitnah yang dilempar kepada masyarakat kerana nak menolong orang-orang tertentu untuk mencapai kejayaan,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons