February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


NEW YORK 11 Dis. – Satu letupan berlaku di terminal bas di Port Authority, Manhattan pagi ini namun pihak polis masih belum mengetahui punca kejadian tersebut.

Beberapa orang dilaporkan cedera manakala pihak polis dipercayai berjaya menahan suspek kejadian.

Jabatan Bomba bandar ini bergegas ke tempat kejadian di 42nd Street dan 8th Avenue manakala beberapa terminal laluan kereta api bawah tanah dikosongkan.

Jabatan Polis New York (NYPD) melalui Twitter miliknya memaklumkan, pihaknya telah bergegas ke tempat kejadian yang terletak berhampiran Times Square namun setakat ini maklumat lanjut belum diperoleh.- Reuters



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons