February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Sejak malam tadi tular dua gambar dengan spekulasi yang mengatakan setiap perwakilan UMNO mendapat jam berjenama Tissot yang dipaterikan dengan perkataan “Setia Kawan Bersama PM”.



Bagaimanapun menurut laporan Berita Daily, beberapa perwakilan PAU 2017 yang ditemui menafikan menerima jam tersebut.


Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus Akhbar Khan menafikan menerima jam tersebut. “Tidak, tidak, tidak,” katanya ketika diminta mengulas isu berkenaan.


“Saya tidak tahu, saya tidak dapat apa-apa seperti itu pun,” kata Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafi.


“Saya tidak mendengar apa-apa cerita tentang itu,” respon perwakilan UMNO Johor yang enggan dinamakan.

Terdahulu di media sosial, UMNO dikecam dan diejek kerana membeli hati perwakilan dengan menggunakan jam Tissot. Malahan tinjauan mendapati kebanyakan netizens bersikap spektikal dengan beranggapan jam tersebut berjenama palsu ataupun tidak ori.


“Jam murah jam pasar malam je. Ahli UMNO pun tak lari kena kencing,” sindir Long Aj.


“Haha. Dahsyat, siap dapat jam. Patut ramai pakcik makcik datang. Dapat jam cikai pula tu. Memang level sampah ahli UMNO ni,” kata Ariff Shamsuddin pula.


“Macai makan dedak dapat jam pula. Tissot tu,” komen Shahrul Effandi.


“Fake macam tuan dia juga. Kita nilai,” tulis Mfauz Mfa.


“Kalau rakyat jual barangan fake kena tangkap. Diserbu pegawai KPDNKK. Kalau parti macam UMNO bagi barangan fake, takde tindakan ke? Fake tetap fake kan?,” ulas Nadya pula. 


Untuk rekod, persidangan PAU 2017 menghimpunkan 2,718 delegasi perwakilan UMNO dari setiap cawangan seluruh negara. Kehadiran ahli yang hadir ke PWTC dijangkakan seramai 30,000.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons