February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Tengahari tadi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membuat satu sidang media di Facebook beliau menggunakan Live FB. Pihak kami turut mendapat notis makluman mengenai LIVE FB itu dan mengikutinya secara LIVE menerusi skrin komputer.


Rafizi mengumumkan beberapa perkara dan turut meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (EPU), Datuk Seri Rahman Dahlan untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit mengenai ekspo #NegaraKu yang sedang berlangsung di ibu kota ketika ini. 

Ekspo itu dijadualkan berlangsung selama sebulan. Bermula pada 15 November lepas dan akan berakhir pada 15 December ini. 

Antara lain, Rafizi bertanyakan tentang kos penganjuran dan mengaitkan penganjuran ekspo berkenaan sebagai propaganda politik oleh pihak tertentu bagi mendapatkan sokongan.

Selain itu Rafizi turut mendedahkan Raslan Dahlan, syarikat yang diberikan tender kontraktor untuk melaksanakan ekspo tersebut merupakan abang kandung kepada Rahman Dahlan. 

Namun, selepas beberapa ketika, Rafizi bagaimanapun secara tiba-tiba telah memadamkan live fb berkenaan dan ianya tidak lagi boleh diakses secara online. Rafizi juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya setakat ini.

Bagaimanapun dalam satu respon segera di Twitter, Datuk Seri Rahman Dahlan yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menjelaskan yang pihaknya mahu menyaman Rafizi kerana menfitnah abangnya mendapat tender sebagai pelaksana ekspo #NegaraKu.

Berikut adalah kenyataan yang dipetik menerusi Twitter Rahman Dahlan;

Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai sidang media Rafizi Ramli yang menuduh saya melantik abang saya sebagai kontraktor pelaksana Expo NegaraKu. 

Dalam sidang medianya, Rafizi mengatakan bahawa dia telah membuat penyiasatan dan penyelidikan dan dengan yakin menyatakan dia mempunyai bukti yang kukuh bahawa saudara Raslan Dahlan, Ketua Pegawai Ekskutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd, adalah abang kepada saya. 

Sekali lagi Rafizi secara sengaja merekacipta satu pembohongan besar dalam kerakusan beliau untuk memfitnah saya, kerajaan BN dan Datuk Seri Najib Razak. 

Ini membuktikan Rafizi adalah seorang pembohong tegar bersiri (compulsive serial liar) yang tidak pernah takut kepada Allah. 

Saya akan berbincang dengan peguam saya dalam masa yang terdekat ini untuk tindakan undang undang seterus terhadap pembohong tegar bersiri bernama Rafizi Ramli ini. 

Saya berharap kepimpinan Pakatan Harapan mengarahkan Rafizi Ramli untuk segera menutup mulut kerana pembohongan Rafizi ini mengaibkan mereka.
Rakyat perlu membuka mata terhadap pembohong tegar bersiri ini kerana penyakit berbohong dia ini tidak boleh diubati lagi. 

Pihak kami telah mendapatkan respon dari Rafizi Ramli dan masih menunggu penjelasan lanjut mengenainya. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons