February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



OLEH ERMIZI MUHAMAD

BUKIT
SUBANG: RM12.3 juta diperuntuk bagi pembukaan Sekolah Rendah
Agama di Denai Alam, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin
Ali.

Beliau mengumumkan, RM5 juta juga juga turut disumbang
Kerajaan Negeri bagi tujuan pembinaan masjid di kawasan sama, sebagai
komitmen meningkatkan pembangunan Institusi Islam di negeri ini.

“Surat setuju sekolah agama yang baru (bagi pembinaan) terima dan projek akan dimulakan mengikut jadual ditetapkan,” katanya.

Beliau berucap pada program Jelajah Peduli Rakyat parlimen Shah Alam di Denai Alam, Bukit Subang petang ini.

Dalam
pada itu kata Mohamed Azmin, Kerajaan Negeri konsisten mengangkat
institusi pembangunan Islam negeri dengan meletakkan nilai perbelanjaan
maksimum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beliau
berkata ia dibuktikan menerusi peruntukan RM300 juta dalam Belanjawan
Negeri tahun lalu menyaksikan pelbagai inisiatif baru diperkenalkan
agensi berkenaan untuk mengangkat institusi keagamaan negeri.“Selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu
institusi Islam diperkukuhkan dan peranan JAIS ditingkatkan.

“Kerajaan
Negeri telah memperuntukkan RM300 juta tahun ini kepada JAIS untuk
tujuan tersebut yang akan disalurkan bagi pembangunan masjid dan surau,
sekolah agama dan berkaitan,” katanya.
=EZY=



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons