February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SEGAMAT 12 Dis. – Lima maut termasuk seorang bayi lelaki selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 176 Jalan Johor Bahru-Seremban di sini pukul 6.20 petang tadi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Raub Selamat berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah Perodua Viva dan bas ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke sini.

“Apabila Bas tersebut sampai di tempat kejadian, tiba-tiba datang sebuah kereta tersebut dari arah bertentangan sebelum hilang kawalan dan berpusing beberapa kali.

“Kereta berkenaan kemudian bertembung dengan bas eksres tersebut. Akibat daripada kemalangan tersebut tiga penumpang meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara satu penumpang meninggal dunia di Hospital Segamat,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons