February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan
sebanyak 89,791 penyata cukai barang dan perkhidmatan (GST) masih belum
diserahkan oleh syarikat dan industri di negeri ini.

 

Pengarah Kastam negeri, Datuk Hamzah Sundang berkata, jumlah penyata
yang belum diterima oleh jabatan itu adalah setakat Oktober pada tahun
ini.

 

Menurutnya, syarikat dan pemain industri di negeri ini mempunyai tempoh
sebelum hujung tahun ini untuk melunaskan tanggungjawab itu sebelum
sebarang tindakan tegas diambil ke atas mereka.

 

“Jumlah pendaftar GST di Sabah adalah sebanyak 24,610, namun sehingga
Oktober lalu sebanyak 89,791 bilangan penyata GST perlu diserahkan
kepada kastam.

 

“Kastam berharap pihak peniaga yang belum menyerahkan penyata GST
segera melaksanakan tanggungjawab bagi mengelak tindakan undang-undang”
katanya kepada pemberita selepaa merasmikan pelancaran Program Duta GST
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KCCI) di sini
hari ini.

 

Yang hadir sama, Presiden KCCI, Datuk Michael Lui Yen Sang serta pegawai-pegawai kanan JKDM negeri.

 

Dalam majlis, Hamzah turut mengumumkan pelantikan Duta GST KCCI, Crystal Tay Siew Ching.

 

Mengulas mengenai kutipan GST bagi negeri ini, Hamzah berkata, pihaknya
mencatatkan peningkatan jumlah pembayaran GST bagi 2017 berbanding
tahun sebelumnya.

 

.Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah itu hanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat. 

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons