February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 

KUALA LUMPUR:
Desas-desus bahawa bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri
Annuar Musa akan kembali memegang jawatan dalam Syarikat Pelaburan MARA
Berhad (PMB) adalah tidak benar.

Pengerusi Mara Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang arahan rasmi berhubung perkara itu.

“Mungkin ia hanya ‘rumors’ (khabar angin)… semuanya hanya desas desus
kerana secara rasminya tidak ada,” katanya pada sidang media selepas
majlis pelancaran Polisi Perlindungan
Pemberi Maklumat Mara dan Ikrar Bebar Rasuah (IBR) di sini, hari ini.

Pada 31 Jan lepas, MARA menggantung tugas anggota Parlimen Ketereh
itu sebagai pengerusi Mara dan PMB bagi membolehkan audit dalaman agensi
itu menyiasat isu penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
untuk pasukan bola sepak Kelantan.

Pada 3 Feb lepas, Annuar memberi maklumat bagi membantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan
penyelewengan dan salah guna kuasa sebagai pengerusi MARA.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri
Azam Baki berkata SPRM telah melengkapkan siasatan kes Annuar berhubung
isu penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan beberapa
bulan lepas.

“Kertas siasatan telah siap dan telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan belum ada lagi keputusan.

“Pihak MARA sendiri ada melakukan siasatan dalaman dan tindakan
siasatan sudah diambil jadi tunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya,”
katanya.

Dalam pada itu, Azam berkata majikan yang mengenakan tindakan tidak
wajar seperti buang kerja ke atas pekerjanya boleh dikenakan tindakan di
bawah Akta Perlindungan Pemberi
Maklumat 2010 iaitu membayar pampasan, mengambil pekerja terbabit bekerja semula atau boleh didakwa di mahkamah.

Terdahulu, kira-kira 600 kakitangan Mara melafazkan IBR dalam usaha
menggerakkan kesedaran seluruh pimpinan dan warga Mara tentang
pentingnya menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Turut hadir, Ketua Pengarah Mara Datuk Azhar Abdul Manaf.–Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons