February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Baru
terbaca teks ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang pada waktu itu
adalah Timbalan Presiden UMNO, di dalam Majlis Perasmian Persidangan
Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 29 November 2011.

Di dalam ucapan ini, Tan Sri Muhyiddin menyebut, “Tembelang DAP untuk
menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah
dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan
kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin
jelas kelihatan”.

Tambah beliau: “Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya
jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa
perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi
dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.”

Mohon bantuan mereka yang tahu mengenai tarikh dan identiti pemimpin
DAP yang “mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara
langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan
Agong” ini.

Pelik juga sebab kalau ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini tidak
betul, kenapa pula pemimpin DAP tidak membuat laporan polis atau
menyaman beliau?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons