February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic

 

 

SHAH ALAM: Tidak semestinya mengadakan pertandingan untuk memilih
siapakah timbalan presiden Umno yang baru sebaliknya cukup dengan
perbincangan dan persetujuan bersama di kalangan perwakilan parti.

 

Itu pandangan beberapa perwakilan Umno kepada Antarapos ketika ditemui
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semasa berlangsungnya Perhimpunan
Agung Umno 2017 (PAU 2017).

 

Perwakilan Umno Bahagian Lipis, Datuk Abu Jimi Samad berkata beliau
yakin semua perwakilan bersetuju dengan gandingan Datuk Seri Najib Razak
dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus menerajui kepimpinan
parti.

 

Jawatan timbalan presiden Umno kosong selepas bekas penyandangnya, Tan
Sri Muhyiddin Yaasin dipecat daripada parti pada Jun 2016. 

 

“Demokrasi sebenarnya bukan mengenai pertandingan semata. Demokrasi juga dengan cara perbincangan, persetujuan bersama. 

 

“Sebenarnya perundingan, perbincangan juga merupakan satu kaedah
demokrasi. Apa yang Umno buat menyuburkan demokrasi iaitu penentuan
pucuk pimpinan dengan cara perbincangan sahaja. 

 

“Inilah paling baik dalam sesebuah parti. Kita hanya boleh terima dengan selesa cadangan ini,” katanya kepada Antarapos.

 

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ketika menyampaikan ucapan dasar
bersempena PAU 2017 berkata sayap parti itu sebulat suara mencadangkan
agar jawatan presiden dan timbalannya tidak dipertandingkan dalam
pemilihan parti itu selepas ini.

 

Terdahulu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussien turut
mengemukakan cadangan yang sama bagi memastikan dua pimpinan teratas
parti itu tidak bersengketa sesama mereka demi mahu mengekalkan
kedudukan masing-masing.

 

Cadangan itu juga diakui ramai perwakilan akan membolehkan presiden dan
timbalannya terus fokus untuk memantapkan dan memastikan pentadbiran
negara terus berada pada landasan yang betul.

 

Antara yang bersetuju adalah Perwakilan Umno bahagian Jelebu, Mohd Radzi Mohd Ali.

 

“Perlu untuk jawtan presiden dan timbalan presiden tidak
dipertandingkan supaya Presiden dan Timbalan Presiden boleh fokus kepada
gerak kerja pembangunan masa depan negara,” ujarnya.

 

Perwakilan Sabak Bernam, Nazwan Azahari turut menyokong cadangan itu
dan berkata ramai celik sejarah betapa pertandingan pemilihan presiden
dan timbalan presiden Umno hanya akan membawa pada perpecahan dalam
parti.

 

“Jika kita nak menang pilihan raya, kita kena mantapkan parti dulu.
Kita tak mahu ada sebarang perpecahan, kalau ada berlaku pertandingan di
kalangan Presiden dan Timbalan Presiden, perpecahan pasti berlaku. Kita
dah ada rekod-rekod sebelumnya. 

 

“Jadi kita sokong jawatan Preisden kekal pada Datuk Seri Najib dan
jawatan timbalan kita kekalkan terus kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi,” katanya.

 

Bagi Perwakilan Umno Bahagian Kuala Krau, Datuk Rodzuan Zaaba pula
berkata semua yang hadir ke PAU 2017 insaf keutamaan kini adalah untuk
menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

 

“Insya-Allah, di kalangan pemimpin Umno ini, kita sudah sedia apa jua
keputusan sekalipun, kita akan tetap bersatu dan bersama lebih-lebih
lagi bila PRU14 semakin hampir,” ujarnya.

 

PRU14 perlu diadakan menjelang Ogos tahun hadapan namun jangkaan kuat
bahawa pilihan raya akan dipanggil seawal suku pertama tahun 2018.

 

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri sebelum ini memberi bayangan
PRU14 mungkin diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina pada Februari
2018.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons