February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Selepas bekas pengikut PAS, Aishah kembali terkinja – kinja di kaca televisyen, kini tiba giliran seorang lagi artis veteran yang menyertai parti Politik kembali mencari publisiti murahan.

Namun, glamour yang dicari oleh bekas artis ini berlainan dengan tindakan Si Aishah. Dia tidak menyertai pertandingan menyanyi. Tetapi mengumumkan tindakannya keluar dari PKR.

Katanya, faktor Tun Dr Mahathir Mohamad yang diangkat menjadi Pengerusi Pakatan Haprak mendorong Tengku Intan Tengku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan itu keluar parti

Selepas Dayangku Intan mengumumkan keluar parti PKR pada Sabtu yang lalu, ramai yang bertanya apakah punca-puncanya, secara berkias artis veteran itu menjawab dalam Twitternya.

“Dulu dia syaitan yang dikenali, sekarang dia malaikat yang tidak dikenali..Cuba teka siapa,” kata Dayangku Intan dalam Twitter.

Malah artis veteran itu juga turut bermain teka teki dengan pengikut – pengikutnya dilaman twitter dengan membangkitkan persoalan mengenai siapa punca kehancuran Politik di Malaysia.

Walaupun Dayangku Intan tidak menyebut nama ‘dia’ yang dimaksudkan itu, namun ramai dikalangan pengamal media sosial menyimpulkan ia merujuk kepada Pengerusi PPBM, Tun Mahathir.

“Dalam PKR dan PH sendiri ada satu team yang tidak boleh terima kehadiran Tun M. Ramai jugak yang bertindak keluar parti, yang ketara kita tengok adalah DAP.

“Sekarang ini apa yang belaku kepada PKR tak ada bezanya, tindakan Dayangku Intan meninggalkan PKR dan PH jugak salah satu puncanya adalah Tun M …

“Apabila melihat tweet-tweet terbaru Dayangku Intan dapat kita simpulkan , Tun M adalah salah satu punca beliau meninggalkan PKR & PH. Sindrom kebencian terhadap Tun M di dalam PH umpama Api dalam sekam …,” kata Zakiyamani Yamani dalam Facebook.

Apa yang jelas, jika benar Tun Mahathir menjadi punca Dayangku Intan meninggalkan PKR, maka ianya membuktikan bahawa dalam parti itu masih ramai lagi yang kurang yakin dengan bekas Perdana Menteri itu secara terbuka!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons